Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Oryza sativa - Penyebab No.1 Segala Penyakit ?

  Lebih separuh penduduk dunia memakannya. Oryza sativa malah menjadi makanan ruji di kalangan masyarakat Asia termasuk kita di Malaysia. Ia adalah sejenis rumput yang bijinya dimakan. Ia terdiri daripada banyak jenis. Ada yang bewarna putih, putih kekuningan atau merah. Ada yang sebiji sebiji, ada yang melekit bila dimasak. Oryza sativa kaya dengan vitamin, mineral, anti-oksidan dan serat. Namun, ianya mempunyai glycaemic index (GI) yang agak tinggi, iaitu di antara 56-70. Malah ada jenis yang melebihi indeks skor 70! Apa itu indeks glisemik (IG)? Indeks glisemik adalah kadar cepatnya sesuatu makanan menaikkan paras gula dalam darah seseorang yang mengkonsumsi makanan tersebut. Ia diberikan skor dari 1-100. Lagi tinggi skor, lagi cepat naik gula dalam darah. < 55               rendah IG 56-69             sederhana IG >70                tinggi IG Maka, oryza sati...