Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

Siri Suplemen 2 - Apa itu Suplemen?

  Dalam siri yang lepas, kita telah memahami kepentingan mengambil suplemen setiap hari. Tapi apakah itu suplemen? Nah..yang dikatakan suplemen itu termasuklah vitamin, mineral, enzim, asid amino, probiotik dan herba2. Ianya tersedia dalam pelbagai kemasan misalnya tablet, kapsul, powder serta minuman. Okay jom kita lihat satu per satu bersama contohnya... Terdapat 13 vitamin penting untuk fungsi sel, tumbesaran & perkembangan yang normal, iaitu vitamin A, C, D, E, K, thiamine, riboflavin, niacin, pantothenic acid, biotin, B6, B12 dan folate. Contohnya vitamin D penting untuk kesihatan tulang. Mineral adalah elemen dalam makanan yang diperlukan untuk fungsi badan yang optimal. Contohnya seperti kalsium, fosforus, potasium, sodium, klorida, magnesium, besi, zink, iodin, fluoride dan selenium. Kalsium, misalnya penting untuk tulang yang kuat & sihat. Enzim memangkin proses kimia di dalam badan. Ia juga terlibat dalam pembinaan otot, "meneutralkan" toksin dan penghadaman...

Siri Suplemen I - 7 Sebab Kita Perlu Makan Suplemen

  Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor, ada satu soalan yang seringkali diajukan semasa konsultasi. Doktor..perlukah saya makan vitamin? Di dunia yang serba "perfect"..cukup tidur, banyak minum air, makan secara seimbang & bersenam 8 kali seminggu (pun intended) dan emosi serta mental sihat..ya mungkin anda tidak memerlukannya. Tapi..realitinya? Adakah anda sejujurnya mengamalkan gaya hidup di atas? Tentunya tidak. Sememangnya kita seharusnya berusaha sebaik mungkin ke arah gaya hidup yang sihat. Hakikatnya cabaran hidup dalam dunia serba canggih dan pantas ini tidak memungkinkan kita 100% berpegang kepada "the perfect healthy lifestyle". Namun kita mampu berikhtiar, paling tidak agar berada di tahap kesihatan seoptimal mungkin. Jadi, berbalik kepada soalan di atas.. "Perlukah saya makan vitamin?".  Jawabnya "Ya". 7 Sebab Kita Perlu Makan Suplemen 1.  Jurang nutrisi (nutritional gap) . Kekurangan nutrisi terjadi disebabkan pilihan makanan...

Tahukah anda apa itu Literasi Kesihatan?

  Kalau anda ditanya apakah itu literasi kewangan (financial literacy), pasti tahu bukan? Kemampuan mencari, memahami dan menggunakan segala maklumat & perkhidmatan untuk membuat keputusan bijak dalam pengurusan kewangan individu. Nah..sekiranya pengurusan kewangan memerlukan "financial literacy" untuk menjaga tahap ekonomi seseorang agar kukuh..apatah lagi kesihatan kita? Kesihatan anda malah lebih penting. Kata orang.."Health is Wealth".  Literasi kesihatan (health literacy) adalah kemampuan seseorang mencari, memahami dan menggunakan maklumat serta perkhidmatan kesihatan dalam mengurus & membuat keputusan mengenai kesihatan diri. Dalam kajian National Health & Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), didapati 1 daripada 3 orang dewasa mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah. Ini sangat membimbangkan. Bermakna 30% daripada populasi dewasa di negara kita tidak atau kurang peka terhadap kesihatan diri. Soalan yang saya sering suka bertanya di klinik ada...