Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

8 Tips Kuruskan Badan Sepanjang Ramadhan

  Setiap kali Ramadhan, setiap kali itulah ramai nak cuba kuruskan badan. Ada untuk sebab2 kesihatan. Ada yang sebab nak pastikan muat pakai baju raya yang baru beli! Apa pun sebabnya, pastikan korang buat dengan kaedah yang betul. Di sini Dr kongsikan beberapa petua sepanjang Ramadhan. 8 Tips Kurangkan Berat Badan Sepanjang Ramadhan 1. Kurangkan karbohidrat dalam hidangan. Antara lain nasi, roti, kuih2 & pasta.    Dalam keadaan kekurangan karbo, badan kita akan memilih "membakar" lemak2    berlebihan dalam badan. Tapi jangan sampai langsung tak makan karbo, nanti     pingsan! 2. Tambahkan makanan protein. Misalnya ikan, ayam & daging waktu berbuka.      Waktu sahur cuba telur, maklumlah selera tak ada, yang lain tak boleh masuk.     Protein membantu menurunkan berat dan meningkatkan metabolisme     badan. 3. Elakkan minum jus buah atau air bergas. 1 cawan jus buah mengandungi 25g      gula...

7 Faedah Kesihatan Tumbuhan Dalaman (Indoor Plant)

  Tumbuh2an sudah lama diketahui mempunyai manfaat kesihatan. Sama ada dikonsumsi mahu pun dipelihara. Antara lain, tumbuhan dalaman (indoor plant) semakin popular di kalangan pencinta alam & mereka yang menyukai gaya hidup sihat. Tahukah anda memiliki & menjaga indoor plant mempunyai beberapa faedah kesihatan? 7 Faedah Kesihatan Indoor Plant 1. Mengurangkan  stres fisiologikal (eg tekanan darah, kadar denyutan nadi) &      psikologikal. 2. Menajamkan fokus & konsentrasi ketika belajar atau bekerja. 3. Merawat penyakit mental seperti depresi, anxiety dan dementia. Ianya dikenal     sebagai "horticultural therapy". 4. Mempercepatkan proses penyembuhan daripada penyakit atau selepas      pembedahan. 5. Meningkatkan produktiviti dan kreativiti. Kajian menunjukkan tempat kerja      yang ada indoor plant, pekerjanya lebih produktif & jarang mengambil cuti      sakit! 6. Menambah kepuasan kerja...

15 Manfaat Kesihatan Berpuasa

  Ramadhan tiba..Ramadhan tiba..Ramadhan tiba Marhaban Ya Ramadhan.. Satu bulan dalam setahun orang muslim seluruh dunia berpuasa. Amalan berpuasa juga ada dalam semua agama dalam berbagai bentuk & cara.  Malahan saintis dan pakar kesihatan barat sangat menganjurkan amalan berpuasa kerana manfaat2 kesihatannya. Justeru itu, berpuasa selain menambah amal pahala, ianya juga turut meningkatkan tahap kesihatan kita. Di sini saya sertakan beberapa antara faedah2 kesihatan berpuasa. 15 Faedah Kesihatan Berpuasa  Menambah fokus & tahap pemikiran (cognitif) Mengelakkan risiko obesiti Mencegah penyakit2 kronik seperti darah tinggi, kencing manis & kolesterol Mengurangkan proses peradangan dalam badan Meningkatkan tahap kecergasan Membantu mengurangkan berat badan Mengurangkan risiko penyakit2 metabolik Mengawal gula dalam darah agar di tahap optimal Mengurangkan kerintangan insulin (insulin resistance) Menambahkan kesihatan jantung Mencegah penyakit neurodegeneratif se...

Checklist Kesihatan Sepanjang Ramadhan

  Ramadhan sudah menjelang tiba.  Alhamdulillah. Semoga kita diberi kesempatan lagi beribadah. Beribadah lebih sempurna daripada tahun sebelumnya. Untuk itu, kita juga perlu mempersiapkan diri secara fizikal mahu pun mental. Dengan perancangan yang kemas, In shaa Allah, ibadah kita lebih terjaga. Checklist Kesihatan Sepanjang Ramadhan Jumpa doktor          Bagi kebanyakan orang, kebiasaan harian sudah tentu berubah sepanjang                   sebulan berpuasa berbanding dengan  11 bulan sebelumnya. Tubuh kita akan           mengalami perubahan2 tertentu secara fisiologis. Kesan ini lebih ketara bagi          mereka yang ada masalah kesihatan seperti gastrik, kencing manis dan darah           tinggi. Doktor anda akan memberikan nasihat berkenaan cara pemakanan &          pengambilan ubat...