Vitamin diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan & fungsi sel yang normal. Terdapat 13 vitamin penting yang diperlukan badan. Ianya dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu i) larut lemak ii) larut air Vitamin larut lemak terdiri daripada 4 vitamin,iaitu vitamin A, D, E & K (nak senang ingat..ADEK banyak lemak!).Vitamin ini lebih mudah diserap badan dengan kehadiran lemak dalam diet. Ia disimpan di dalam lemak badan. Vitamin larut air terdiri daripada 9 vitamin, iaitu vitamin C, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 & B12. Ia tidak disimpan di dalam badan (kecuali vitamin B12). Lebihan vitamin ini akan dibuang dalam air kencing. Maka, vitamin ini perlu diambil secara regular untuk mengelakkan "vitamin deficiency". Apa itu vitamin deficiency? Vitamin deficiency bermaksud keperluan badan terhadap vitamin tersebut tidak cukup. Kekurangan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti scurvy, osteoporosis dan anaemia. Kenapa perlu tahu vitamin mana yang larut ...