Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Penyebab Kematian No.1 Di Malaysia

Tahukah anda? SAKIT JANTUNG MERUPAKAN PEMBUNUH UTAMA RAKYAT MALAYSIA  Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2020 mendapati penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di negara kita. Sepanjang tahun 2019, terdapat 16,325 kematian. Dengan kata lain,daripada jumlah kes kematian sebanyak 109,164 kes yang disahkan secara perubatan sepanjang tahun 2019, 15% adalah disebabkan oleh sakit jantung. 69.4%, iaitu 11,330 daripada kematian tersebut adalah lelaki. Sedangkan 30.6% atau 4,995 kes melibatkan wanita. Yang lebih membimbangkan ialah kadar kematian akibat sakit jantung semakin meningkat tahun demi tahun! Kenapa? Yang pasti antara puncanya adalah tabiat pemakanan yang kurang sihat, kurang bersenam, merokok dan faktor stress. Dan yang jelas..saya yakin anda TIDAK mahu menjadi sebahagian daripada statistik ini! Ada tak cara kita nak "detect" lebih awal risiko sakit jantung? Jawabnya ada. Sila baca... 8 Angka Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kesihatan Jantung Anda Mulakan gaya hidu...