Lebih separuh penduduk dunia memakannya. Oryza sativa malah menjadi makanan ruji di kalangan masyarakat Asia termasuk kita di Malaysia. Ia adalah sejenis rumput yang bijinya dimakan. Ia terdiri daripada banyak jenis. Ada yang bewarna putih, putih kekuningan atau merah. Ada yang sebiji sebiji, ada yang melekit bila dimasak.
Oryza sativa kaya dengan vitamin, mineral, anti-oksidan dan serat. Namun, ianya mempunyai glycaemic index (GI) yang agak tinggi, iaitu di antara 56-70. Malah ada jenis yang melebihi indeks skor 70!
Apa itu indeks glisemik (IG)?
Indeks glisemik adalah kadar cepatnya sesuatu makanan menaikkan paras gula dalam darah seseorang yang mengkonsumsi makanan tersebut. Ia diberikan skor dari 1-100. Lagi tinggi skor, lagi cepat naik gula dalam darah.
< 55 rendah IG
56-69 sederhana IG
>70 tinggi IG
Maka, oryza sativa walaupun banyak kelebihan nutrisi, tetap perlu dikonsumsi secara berhemah untuk mencegah penyakit seperti obesiti dan kencing manis. Makanlah secara selektif dan dapatkan nasihat pakar dietetik serta doktor untuk menyusun jadual pemakanan anda.
P.S. Di kalangan masyarakat kita, Oryza sativa juga dikenali dengan nama NASI.
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment