Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

8 Jenis Sakit Migrain

Migrain biasanya dikaitkan dengan sakit kepala. Tapi tahukah anda gejala migrain tak selalunya berbentuk sakit kepala? Rasa lesu, kilatan cahaya malah sakit perut boleh merupakan tanda2 anda menghidap sakit migrain! 8 jenis sakit migrain 1. Sakit kepala "thunderclap". Serangan mendadak & sangat sakit. Sakit kepala seperti ini terutama yang "tak pernah terasa sesakit ini" perlu konsultasi doktor segera! 2. Migrain vestibular. Sakit kepala yang lebih kepada rasa pening disertai masalah ketidakseimbangan. Sebahagian besar migrain termasuk dalam kelompok ini tapi sering disalahtafsir sebagai vertigo! 3. Migrain kronik. Sakit kepala 15 hari atau lebih dalam sebulan. Ianya sangat menganggu aktiviti seharian serta kualiti hidup. Sebaiknya jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. 4. Migrain perut. Terutamanya pada kanak2, mengadu sakit di sekitar pusat, diikuti mual/muntah serta hilang selera makan. Ianya mengambil masa 2-72 jam untuk reda. Kanak2 ini berpote...

10 Tips Cara Makan Vitamin Yang Betul

  Zaman tok nenek dulu takde istilah makan vitamin. Selain persekitaran yang sihat, makan minum pun sihat. Tambah pula, kerja seharian membanting tulang mengeluarkan peluh. Tapi sekarang..duduk aircond, makan tak menentu asalkan apa yang ada, stress, merokok, pencemaran & macam2 lagi. Sudah tentu, pengambilan vitamin & suplemen menjadi satu "keharusan". Namun, perlu kita cakna kaedah pengambilan vitamin & suplemen yang betul untuk memperoleh kesan yang terbaik. 10 tips cara makan vitamin yang betul 1. Ambil vitamin sewaktu makan. Ini membantu penyerapannya yang lebih baik serta mengurangkan rasa mual. Tapi pengecualiannya adalah untuk zat besi yang mana lebih sesuai dimakan sewaktu perut kosong untuk penyerapan yang optimum. 2. Awas interaksi antara vitamin dengan ubat. Terdapat banyak interaksi antara vitamin dengan ubat. Sama ada ianya mengurangkan atau menambahkan kesan vitamin/ubat tersebut. Misalnya, pengambilan kalsium mengurangkan keberkesanan ubat hormon ...

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

5 Langkah Hentikan Hidung Berdarah

  Siapa yang tak pernah berdarah hidungnya? Apalagi waktu kecik2 dulu..mesti ada. Biasanya terjadi pada kanak2. Orang dewasa pun boleh kena dalam keadaan tertentu. Hidung boleh berdarah sewaktu bersin kuat, korek hidung atau tercedera. Kadang2 hidung berdarah boleh terjadi diakibatkan kondisi penyakit tertentu.  Sekiranya, hidung berdarah..apa nak buat? 5 langkah hentikan hidung berdarah 1. Posisikan pesakit dalam keadaan duduk & tunduk ke depan. 2. Suruh pesakit bernafas menggunakan mulut sambil kita      memicit hidungnya di bahagian yang lembut. 3. Selepas 10 minit, periksa hidungnya sama ada masih      berdarah. Sekiranya ya, picit kembali selama 10 minit lagi. 4. Berikan kompres sejuk pada bahagian pangkal hidung. 5. Setelah perdarahan berhenti, silakan bersihkan sekitar      hidung dengan kain lembap. Pastikan pesakit tidak     membuang hingus dengan kuat atau membuat apa2 aktiviti     lasak s...