Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Kanser - Cegah sebelum Sakit

  Kanser semakin meningkat di dunia mahupun di Malaysia. Ditambah pula ramai pesakit kanser hanya mendapatkan rawatan di klinik/hospital di tahap lanjut, iaitu tahap 3 & 4. Apa yang membimbangkan adalah peratusan kes kanser yang dikesan lewat ini semakin meningkat. Apakah tindakan kita? Selain gaya hidup sihat, pemeriksaan kesihatan berkala sekurang2nya 1-2 kali setahun perlu diamalkan. Hilangkan persepsi berjumpa doktor hanya ketika sakit. Malah usaha pencegahan adalah lebih penting. Pemeriksaan kesihatan ini merangkumi sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan fizikal, Pap smear (untuk wanita) dan ujian darah. Saringan ujian darah dapat mengenalpasti golongan yang berisiko tinggi. Ini membantu doktor untuk melakukan pemeriksaan & ujian yang lebih spesifik. Cegah sebelum sakit! PROMOSI PEMERIKSAAN DARAH Full Blood Examination 1. Full Blood Count (FBC) 2. Peripheral Blood Film (PBF) 3. Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) Gout 4. Uric Acid Diabetic Screening 5. Glucose 6. HbA1...

10 Sebab Anda Perlu Ambil Vaksin Covid-19

  Courtesy by KlikDokter Alhamdulillah. Vaksin Covid-19 yang ditunggu2 sudah berjaya dihasilkan. Langkah seterusnya ialah mendapatkan seramai mungkin mengambil vaksin ini. Sekurang2nya 80% populasi negara kita perlu ambil vaksin ini untuk menghasilkan imuniti kelompok (herd immunity). Malangnya, masih ramai yang takut. Masih ramai di atas pagar. Tunggu & lihat katanya.  Nah..di sini Dr berikan sebab kenapa kita perlu (..wajib) ambil vaksin Covid-19. 10 sebab anda perlu ambil vaksin Covid-19 1. Ada yang kata cepatnya vaksin ini dihasilkan. Sebenarnya asas kajian vaksin coronavirus sudah lama dimulakan sejak wabak SARS pada tahun 2003. Proses penghasilan vaksin ini juga mendapatkan keutamaan dari semua pihak memandangkan kesan global terhadap kesihatan & ekonomi. Maka  tiada masalah dana, sampel mahu pun kes2 kajian sepertimana yang dihadapi semasa penghasilan vaksin2 lain sebelum ini. 2. Vaksin Covid-19 TIDAK  menyebabkan anda dijangkiti penyakit Covid-19. Ia ...

Jadual Imunisasi Orang Dewasa

  Sebut sahaja vaksin, masing2 terbayang vaksin Covid-19.  Alhamdulillah, akhirnya vaksin Covid-19 dah pun ada. Dulu tertanya2 bila nak sampai. Sekarang dah ada, eloklah cepat daftar diri dalam mySejahtera. Lindung diri, lindung semua. Nah..tahukah anda selain vaksin Covid-19, ada beberapa lagi vaksin yang sepatutnya kita ambil. Ramai yang beranggapan bahawa imunisasi sewaktu bayi sudah memadai.  Tentu sekali tidak! Orang dewasa juga mempunyai jadual imunisasi yang perlu dilengkapkan. Ini penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit tertentu. Apatah lagi, di usia yang semakin meningkat, tahap imuniti kita semakin menurun.  Di bawah ini, saya sertakan jadual terkini yang digunapakai di Malaysia. VACCINE Adult age less than 65 Adult age more than 65 1. Influenza 1 dose annually 2. Tetanus,diphtheria, pertusis (TdaP) Boost with Td every 10 years (after completion of 3 doses of primary vaccination) 3. Zoster   1 dose 4. Pneumococcal polycaccharide (PPSV23) 1 or 2 do...

7 Tips Cegah Kanser

  Setiap 4hb Februari seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia. Apakah sambutannya berlalu begitu sahaja seperti "Hari2 Sedunia" yang lain? Tentu tidak. Dan sepatutnya pun tidak. Kita perlu mengambil iktibar dari pengalaman dan berikhtiar agar penyakit ini dijauhi daripada kita & keluarga tersayang. In shaa Allah. 7 tips mengurangkan risiko penyakit kanser 1. Berhenti merokok . Jika anda seorang perokok, hentikan merokok. Jika anda bukan seorang perokok, jangan mulakan! Dapatkan rawatan berhenti merokok daripada doktor. Jom Quit! 2. Makan seimbang . Suku suku separuh. Suku protein. Suku karbohidrat. Dan separuh pinggan buah serta sayur2an. Kurangkan makanan proses & lemak. 3. Bersenam . Senaman yang optimal (moderate exercise) adalah sekurang2nya 30 minit sehari selama 5 hari seminggu. Maintain BMI yang ideal (18.5-24.9). 4. Sinar ultraviolet . Lindungi diri dari sinar UV terutama di waktu tengahari. Gunakan losyen sunscreen sekurang2nya SPF 30 & pakaian yang s...

8 Tips Diet Yang Anda Perlu Tahu

  Pernah tak bila diet, sampai satu tahap berat tak turun2? Ini namanya fasa "plateau". Ingin tahu macam mana nak mengatasi fasa ini?  8 tips melepasi fasa "plateau" turunkan berat badan. 1. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Dah tahu, dah pernah dengar. Tapi tak diamalkan. Jangan paksa diri makan kalau masih terasa kenyang (walaupun yang terhidang di depan itu membuatkan anda menelan air liur). Satu lagi..biasakan jangan tambah walaupun ianya sedap menjilat jari! 2. Fokus ketika makan. Biasa tak.. makan sambil tengok handphone, komputer atau TV? Perasan tak kalau makan beramai2, macam sedap jer bertambah2? Ini kerana persekitaran mempengaruhi pola & porsi pemakanan kita. Anda akan lebih peka & selektif  akan pilihan serta jumlah makanan yang diambil sekiranya FOKUS ketika  makan. Dan..anda bisa menikmati setiap suapan! 3. Kurangkan makan luar. Sering makan di luar? Tak perlu masak, kedai pun buka 24 jam! Sedar atau tidak, makanan kedai biasanya leb...