Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

5 Petua Jaga Kesihatan Mulut

  Tahukah anda?   Mulut merupakan "rumah" untuk 500-1000 jenis bakteria. Namun, mulut juga antara bahagian tubuh yang sering diabaikan. Sekiranya kurang penjagaan, mulut juga boleh menjadi sumber penyebaran penyakit2 ke organ2 tubuh yang lain seperti bacterial pneumonia & sakit jantung.  5 petua menjaga kesihatan mulut 1. Gosok gigi sebelum tidur. Sepanjang hari, terkumpul banyak bakteria di dalam rongga mulut. Gosok dengan kaedah yang betul mampu membersihkannya. Gosok gigi sekurang2nya 2-3 sehari. Pagi selepas bangun tidur, lepas makan tengahari dan sebelum tidur malam. 2. Gosok gigi dengan cara yang betul. Kaedah yang salah ibarat tidak menggosok gigi. Gosok bahagian gigi & gusi sebelah luar dan dalam. Gunakan gerakan berputar & jangan lupa gosok lidah! 3. Flos gigi. Selain gosok gigi 2-3 kali sehari, elok gunakan flos untuk menghilangkan serat2 makanan yang terselit di celah2 gigi (yang sukar dibersihkan dengan gosok gigi). Flos juga merangsang pertumbuhan...

8 Punca Mata Kering

  Biasa dengar orang mengadu matanya terasa kering? Atau mungkin anda sendiri pernah mengalaminya. Mata kering (jangan kering mata) adalah fenomena yang boleh terjadi tak kira tua muda. 8 punca mata kering 1. Aesthetik. Pemakaian lensa kontak yang tidak betul atau berpanjangan boleh menyebabkan iritasi mata. Partikel halus seperti debu boleh terperangkap di bawah lensa sekiranya kaedah pemakaian tidak betul. Sekiranya ini terjadi, sebaiknya beralih kepada kaca mata sehingga kondisi tersebut reda. Dalam sesetengah kes, mata kering terjadi selepas pembedahan laser mata. Biasanya keadaan ini pulih kembali selepas beberapa hari. Sekiranya tidak, segera jumpa doktor. 2. Komputer. Mata kering juga boleh terjadi sekiranya kita banyak menghabiskan masa di depan komputer, handphone, tablet dan lain2 peranti yang seangkatan dengannya. Ini kerana kedipan mata berkurang semasa kita menatap skrin komputer. Lalu lapisan air mata lebih cepat tersejat. Jadi anak2 (..& ibu2 bapak2) kurang2kan m...

6 Petua Elak Kembung Perut

                                                                     Photo by  Sora Shimazaki  from  Pexels Kembung perut. Pasti anda pernah mengalaminya. Apalagi selepas makan nasi lemak tambah roti canai cecah kari diakhiri dengan segelas nescafe kawww! Nah..bagaimana korang nak elak daripada masalah kembung perut (selain berpada2 waktu makan)? 6 Petua Elak Kembung Perut 1. Kurangkan stress. Kawal tahap stress anda. Salurkan melalui aktiviti2 yang menyeronokkan. Stress boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu. Jadi..next time sebelum makan tarik nafas dalam2 & senyum! 2. Lebihkan sayur2an. Tambahkan  sayur2an dalam hidangan anda. Ianya banyak mengandungi serat & air yang mana membantu melancarkan penghadaman. 3. Pro-biotik. Terkadang anda perlu mengamalkan suplemen pro-biotik (s...

5 Petua Jaga Badan

                                           Photo by  Andres Ayrton  from  Pexels Tahun baru,Azam baru. Pasti ramai yang dah menyematkan semangat berkobar2 untuk mencapai target & impian masing2 sepanjang tahun ini. Antara lain ada juga dalam diam2 nak cuba "membuang lemak & daging" yang berlebihan. Agar lebih langsing. Lebih sedap dipandang mata. Di sini Dr kongsikan 5 tips yang boleh membantu korang.. 5 Petua Jaga Badan 1. Gula & Lemak tepu.  Kurangkan makanan yang manis2 &  mengandungi lemak tepu. Antara lain kek, coklat, makanan   bergoreng  dan minuman bergas. Walaupun kalori tetap sama, pengambilan lemak tepu berlebihan boleh menyebabkan berat badan korang naik! 2. Vitamin. Pengambilan vitamin berlebihan & tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan berat badan bertambah. Sebaiknya dapatkan konsultasi doktor tentang keperlua...