Apakah itu x-ray dada? X-ray dada adalah pemeriksaan yang dibuat menggunakan mesin x-ray untuk melihat organ-organ di dalam dada seperti paru-paru, jantung, tulang rusuk dan saluran darah utama. Biasanya ia diambil dalam posisi berdiri dan pesakit disuruh menarik serta menahan nafas seketika semasa pemeriksaan dilakukan. Bilakah x-ray dada perlu dilakukan? batuk berpanjangan batuk darah susah bernafas sakit dada kecederaan pada dada mempunyai tanda-tanda penyakit seperti TB, kanser dan pneumonia pemeriksaan kesihatan berkala Apakah persiapan untuk melakukan pemeriksaan x-ray dada? pesakit perlu menanggalkan baju dan memakai pakaian klinik/hospital barangan kemas berupa rantai dan sebarang objek yang menghalang pemeriksaan dada perlu ditanggalkan tidak perlu persediaan khas seperti berpuasa Siapa yang akan mengendalikan pemeriksaan x-ray dada? Pemeriksaan x-ray dada haruslah dikendalikan oleh Juru X-ray yang bertauliah. NB Sekiranya anda mengandung , sila maklumkan kep...