Tahukah anda?
SAKIT JANTUNG MERUPAKAN PEMBUNUH UTAMA RAKYAT MALAYSIA 
Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2020 mendapati penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di negara kita. Sepanjang tahun 2019, terdapat 16,325 kematian. Dengan kata lain,daripada jumlah kes kematian sebanyak 109,164 kes yang disahkan secara perubatan sepanjang tahun 2019, 15% adalah disebabkan oleh sakit jantung.
69.4%, iaitu 11,330 daripada kematian tersebut adalah lelaki. Sedangkan 30.6% atau 4,995 kes melibatkan wanita.
Yang lebih membimbangkan ialah kadar kematian akibat sakit jantung semakin meningkat tahun demi tahun!
Kenapa?
Yang pasti antara puncanya adalah tabiat pemakanan yang kurang sihat, kurang bersenam, merokok dan faktor stress.
Dan yang jelas..saya yakin anda TIDAK mahu menjadi sebahagian daripada statistik ini!
Ada tak cara kita nak "detect" lebih awal risiko sakit jantung?
Jawabnya ada. Sila baca...
Mulakan gaya hidup sihat dengan 7 langkah ini
1. Amalkan diet yang seimbang
2. Bersenam
3. Kekalkan berat badan yang unggul
4. Ketahui paras gula/kolesterol anda
5. Pastikan tekanan darah yang normal
6. Kendalikan stress dengan bijak
7. Berhenti merokok
.....dan jangan lupa..buat pemeriksaan kesihatan & darah secara berkala!
JOM SIHAT
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
Diabetic Lifestyle Programme Advocate
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari KHAMIS!
Comments
Post a Comment