Setiap kali Ramadhan, setiap kali itulah ramai nak cuba kuruskan badan. Ada untuk sebab2 kesihatan. Ada yang sebab nak pastikan muat pakai baju raya yang baru beli!
Apa pun sebabnya, pastikan korang buat dengan kaedah yang betul. Di sini Dr kongsikan beberapa petua sepanjang Ramadhan.
8 Tips Kurangkan Berat Badan Sepanjang Ramadhan
1. Kurangkan karbohidrat dalam hidangan. Antara lain nasi, roti, kuih2 & pasta.
Dalam keadaan kekurangan karbo, badan kita akan memilih "membakar" lemak2
berlebihan dalam badan. Tapi jangan sampai langsung tak makan karbo, nanti
pingsan!
2. Tambahkan makanan protein. Misalnya ikan, ayam & daging waktu berbuka.
Waktu sahur cuba telur, maklumlah selera tak ada, yang lain tak boleh masuk.
Protein membantu menurunkan berat dan meningkatkan metabolisme
badan.
3. Elakkan minum jus buah atau air bergas. 1 cawan jus buah mengandungi 25g
gula atau 5 sudu teh. Sedangkan secawan air bergas mempunyai 32g gula atau
6 sudu teh!
4. Kurangkan pencuci mulut. Ini yang susah ni..apalagi time pose! Pengat
pisang, badak berendam, serawa durian, pulut mangga dan dan dan..Relax..
Dr minta kurangkan jer. Cukup setakat hilang kempunan ok lar.
5. Bersenam. Tetap aktif sepanjang Ramadhan. Senaman dapat "membakar"
kalori & meningkatkan kadar metabolisme badan. Tapi berpada2lah. Senaman
ringan seperti berjalan2 atau berkebun ringan dah memadai. Sebaiknya 5x
seminggu selama 30 minit setiap sesi. Pilihlah waktu yang sesuai, misalnya
dekat nak berbuka!
6. Makan kurma & buah dengan segelas air suam dulu sebelum makan berat. Ini
membuatkan rasa kenyang dan mengelakkan dari terlebih makan.
Maklumlah orang tengah laparrr.
7. Lebihkan sayur2an dalam hidangan. Selain memberikan rasa kenyang, ia juga
membantu penghadaman dan berfungsi sebagai pelawas.
8. Banyakkan minum air selepas berbuka (terutama waktu solat terawih). Selain
menghidrasi badan ianya mengurangkan rasa lapar. Sekurang2nya tak terlebih
makan waktu moreh (kalau nak lagi cepat..makan 2 kali jer..sahur &
berbuka..moreh pon tak yah). Cuba kalau tak caya!
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE,YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment