Ramadhan sudah menjelang tiba.
Alhamdulillah. Semoga kita diberi kesempatan lagi beribadah. Beribadah lebih sempurna daripada tahun sebelumnya.
Untuk itu, kita juga perlu mempersiapkan diri secara fizikal mahu pun mental. Dengan perancangan yang kemas, In shaa Allah, ibadah kita lebih terjaga.
Checklist Kesihatan Sepanjang Ramadhan
Bagi kebanyakan orang, kebiasaan harian sudah tentu berubah sepanjang sebulan berpuasa berbanding dengan 11 bulan sebelumnya. Tubuh kita akan
mengalami perubahan2 tertentu secara fisiologis. Kesan ini lebih ketara bagi
mereka yang ada masalah kesihatan seperti gastrik, kencing manis dan darah
tinggi. Doktor anda akan memberikan nasihat berkenaan cara pemakanan &
pengambilan ubat yang disesuaikan sepanjang Ramadhan.
Selalunya ramai yang mengambil kesempatan Ramadhan untuk menurunkan
berat badan. Tapi ramai juga yang kecundang. Bukan bertambah kurus,
malah bertambah "spare tyre" ! Justeru itu, perancangan pemakanan amat
penting merangkumi menu, waktu serta porsi makan. Sebaiknya perancangan
ini disiapkan sebelum bermula puasa. Kesilapan selalu berlaku sekiranya tiada
perancangan awal. Maklumlah..perut lapar, semua nampak sedap!
Keperluan air setiap orang adalah lebih kurang 2 liter sehari. Namun,
sepanjang bulan puasa, ramai yang "terkurang" minum air. Sebaiknya
ambil peluang waktu berbuka sampai sahur untuk minum air secukupnya,
misalnya waktu solat tarawih. Elakkan banyak minum air berkafein seperti
kopi & air bergas kerana ia membuatkan anda kerap kencing. Jaga hidrasi
badan agar fizikal & mental tetap cergas sepanjang Ramadhan.
Biasanya mereka yang berpuasa cenderung "terlebih" makan. Cuba perhatikan
waktu nak berbuka. Penuh macam2 hidangan keliling pinggan. Tunggu azan
berkumandang, tup tup semua dicapai. Tangan masing2 berlaga sana sini.
Yang lagi "terror" dah siap ambik awal2 ..membusut di atas pinggan! Yang ke
pasar Ramadhan pun tak kurang hebat, semua nak dibeli. Tapi akhirnya tak
termakan. Ini kerana pengaruh perut yang lapar. Sebaiknya berbuka ringan
dengan kurma & air. Solat maghrib baru kembali makan. Sekurang2nya perut
dah terisi sikit, ln shaa Allah kita akan lebih berhemah sewaktu makan.
- Mulakan rutin sebelum puasa
Rutin harian kita berubah sepanjang puasa. Untuk mengelakkan badan kita
"terkejut", eloklah mulakan perubahan rutin ini sedikit demi sedikit sebelum
Ramadhan. Sebaiknya sebulan sebelumnya. Kalau nak lagi bagus, amalkan
puasa sunat Isnin Khamis. In shaa Allah, puasa Ramadhan lancar.
Paras gula dalam darah akan mengalami perubahan sewaktu puasa. Ada masa
kurang gula, ada masa terlebih. Sebaiknya diperiksa sebelum sahur dan 2 jam
selepas berbuka. Sekiranya perlu (apalagi jika ada tanda2) segera periksa &
bertindak sesuai keadaan. Misalnya kalau kurang gula (hipoglisemia), diberi
minum air manis. Justeru itu, setiap rumah seharusnya ada satu alat untuk
periksa gula dalam darah (blood glucose meter).
Senaman memang penting untuk kesihatan. Berpuasa tidak semestinya
menghalang kita daripada bersenam. Yang penting, rutin & bentuk senaman
perlu dimodifikasi untuk disesuaikan dengan bulan puasa. Misalnya, intensiti
senaman diringankan. Waktu senaman dilewatkan supaya dekat dengan waktu
berbuka. Yang pentingnya, anda tetap dapat bersenam menjaga badan sihat
sepanjang Ramadhan.
Setiap Ramadhan, ramai yang berjaya menahan nafsu merokok. Apatah lagi
yang berjaya berhenti merokok sepanjang bulan mulia ini. Tapi tak kurang
juga yang "berbuka" dengan sebatang rokok! Sebenarnya, Ramadhan
merupakan peluang terbaik bagi mereka yang ada niat untuk berhenti
merokok. Jumpa doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat &
rawatan.
Semoga tips2 di atas membantu kita menjalani ibadah puasa kali ini dengan lebih
sempurna.
Comments
Post a Comment