Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor, ada satu soalan yang seringkali diajukan semasa konsultasi.
Doktor..perlukah saya makan vitamin?
Di dunia yang serba "perfect"..cukup tidur, banyak minum air, makan secara seimbang & bersenam 8 kali seminggu (pun intended) dan emosi serta mental sihat..ya mungkin anda tidak memerlukannya.
Tapi..realitinya? Adakah anda sejujurnya mengamalkan gaya hidup di atas?
Tentunya tidak.
Sememangnya kita seharusnya berusaha sebaik mungkin ke arah gaya hidup yang sihat. Hakikatnya cabaran hidup dalam dunia serba canggih dan pantas ini tidak memungkinkan kita 100% berpegang kepada "the perfect healthy lifestyle". Namun kita mampu berikhtiar, paling tidak agar berada di tahap kesihatan seoptimal mungkin.
Jadi, berbalik kepada soalan di atas.. "Perlukah saya makan vitamin?".
Jawabnya "Ya".
7 Sebab Kita Perlu Makan Suplemen
1. Jurang nutrisi (nutritional gap). Kekurangan nutrisi terjadi disebabkan pilihan makanan, kaedah masak & pemprosesan serta kekangan masa. Akibatnya keperluan harian vitamin & mineral tidak dapat dipenuhi. Suplemen berfungsi mengisi "jurang" tersebut.
2. Penyerapan nutrisi. Kadar penyerapan nutrisi daripada makanan berkurang dengan meningkatnya umur. Penghasilan enzim2 pencernaan yang berfungsi dalam absorpsi nutrien juga berkurang. Interaksi ubat seperti darah tinggi, kencing manis dll berpotensi memberi kesan terhadap kadar penyerapan nutrien. Suplemen dapat membaikpulih ketidakseimbangan nutrisi.
3. Pencemaran alam. Udara dan air kita dicemari bahan2 toksik hasil daripada kilang2, asap kereta dan rokok serta penggunaan baja & racun kimia dalam sektor perkebunan. Ianya menghasilkan radikal2 bebas yang menjejaskan imuniti badan. Suplemen yang mengandungi anti-oksida berupaya "meneutralkan" radikal2 bebas tersebut.
4. Senaman. Bersenam menambahkan keperluan nutrien tubuh. Tidak sama keperluan nutrisi orang yang aktif dengan yang kerjanya duduk di bilik berhawa dingin. Dengan kata lain, ianya perlu ditentukan secara individual berdasarkan tahap aktiviti masing2.
5. Tabiat pemakanan. Zaman sekarang, zaman serba pantas. Begitu juga pemakanan kita. Waktu makan yang tidak tetap, fast food & makanan proses. Berkuranglah nutrisi diperolehi badan. Pengambilan suplemen diperlukan agar fungsi fisiologis badan tidak terganggu.
6. Cegah sebelum sakit. Ramai yang jumpa doktor ketika sakit. Ramai juga yang bertanya vitamin apa yang sesuai untuk masalah kesihatan yang dihadapinya. Justeru, sebelum sakit itulah sebenarnya "masa terbaik" untuk kita amalkan gaya hidup sihat berserta dengan pemakanan suplemen.
7. Stress. Siapa yang tak pernah stress? Apatah lagi di zaman ini yang masing2 terkejar2 dalam kehidupan seharian. Stress akan menurunkan imuniti badan. Ianya juga akan menganggu perjalanan fungsi badan yang sihat. Vitamin & mineral tertentu dapat mengembalikan kecergasan tubuh melawan kesan stress.
Masih tak yakin?
Percayalah. Apatah lagi dunia sekarang tengah dilanda pandemik Covid-19!
Nak tahu vitamin apa yang sesuai untuk anda?
Dapatkan nasihat daripada doktor.
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment