Dalam siri yang lepas, kita telah memahami kepentingan mengambil suplemen setiap hari.
Tapi apakah itu suplemen?
Nah..yang dikatakan suplemen itu termasuklah vitamin, mineral, enzim, asid amino, probiotik dan herba2. Ianya tersedia dalam pelbagai kemasan misalnya tablet, kapsul, powder serta minuman.
Okay jom kita lihat satu per satu bersama contohnya...
Terdapat 13 vitamin penting untuk fungsi sel, tumbesaran & perkembangan yang normal, iaitu vitamin A, C, D, E, K, thiamine, riboflavin, niacin, pantothenic acid, biotin, B6, B12 dan folate. Contohnya vitamin D penting untuk kesihatan tulang.
Mineral adalah elemen dalam makanan yang diperlukan untuk fungsi badan yang optimal. Contohnya seperti kalsium, fosforus, potasium, sodium, klorida, magnesium, besi, zink, iodin, fluoride dan selenium. Kalsium, misalnya penting untuk tulang yang kuat & sihat.
Enzim memangkin proses kimia di dalam badan. Ia juga terlibat dalam pembinaan otot, "meneutralkan" toksin dan penghadaman makanan. Contohnya adalah seperti amylase, protease dan lipase membantu dalam pencernaan makanan.
Asid amino adalah ibarat batu-bata sebuah bangunan. Ia merupakan "building blocks" atau unit asas protein yang diperlukan untuk membina protein, hormon dan neurotransmitter (komponen yang diperlukan untuk hubungan signal antara sel2 saraf). Contohnya adalah histidine, isoleucine, leucine dan lysine.
Probiotik adalah bakteria dan ragi (yeasts) hidup yang diperlukan untuk proses penghadaman makanan yang lancar. Contohnya seperti lactobacillus dan bifidobacterium.
Herba adalah komponen tumbuh2an seperti daun, batang, biji atau akar yang digunakan untuk tujuan kesihatan. Contohnya adalah echinacea, ginseng, gingko biloba dan turmeric (kunyit).
Ok..cukup setakat ini. Belajar biar santai2...hepi2..
In shaa Allah dalam siri akan datang Dr akan kupas satu persatu secara lebih terperinci.
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment