Skip to main content

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

 


                                                  Photo by cottonbro from Pexels  



Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius.


Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut.


Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya. Tambah pula, setiap orang, lain pula presentasinya.


Nah..macam mana kita nak mengenal tanda2 peradangan?


9 tanda tersirat peradangan dalam badan


1. Lesu. Rasa letih memanjang. Tak bertenaga. Kurang bermaya. Ini antara tanda2nya..tapi dengan catatan bukan disebabkan anda kurang tidur (sebab main handphone tengah malam)!


2. Sakit sendi. Sakit sendi bukan semuanya gout. Ada banyak penyakit yang boleh menyebabkan sakit sendi. Antaranya rheumatoid arthritis (RA). Dalam kondisi ini, sistem imun melepaskan komponen kimia yang menyerang sendi2 sehingga mengalami tanda2 peradangan seperti bengkak & sakit.


3. Masalah perut. Rasa sebu (penuh), kembung, "berangin", cramp perut atau cirit. Ianya mungkin tanda2 penyakit seperti Crohn's disease, irritable bowel syndrome (IBS), alahan makanan atau kanser perut/usus. Jika berterusan atau kerap terjadi, JUMPA DOKTOR.


4. Hidung & Mata berair. Gejala2 alahan seperti gatal mata & hidung sumbat mungkin berpunca daripada peradangan kronik. Apalagi kalau selalu terjadi. 


5. Kulit merah & gatal. Masalah kulit yang berulang2 & susah dirawat adalah tanda2 kemungkinan peradangan kronik. JUMPA DOKTOR untuk mengenalpasti sumbernya.


6. Batuk berkahak. Batuk berpanjangan, kahak pekat, wheezing (bunyi macam orang yang ada asma) & dada terasa sempit (selain disebabkan sakit jantung). Ianya kemungkinan manifestasi peradangan kronik, khususnya penyakit bronchitis.


7. Masalah gusi. Peradangan gusi pada bahagian leher gigi disebut gingivitis. Periodontitis pula merupakan peradangan yang langsung melibatkan tulang dan gigi. Nampaknya macam perkara kecil tapi gingivitis dikaitkan dengan sakit jantung & stroke. SOLUSINYA..gosok gigi, kumur2 dengan larutan mouthwash & amalkan dental flossing. DAN JUMPA DOKTOR GIGI 2X SETAHUN UNTUK PEMERIKSAAN DAN RAWATAN MEMBERSIHKAN GIGI.


8. Kemurungan. Percaya atau tidak. Anxiety & stress boleh menyebabkan peradangan. Peradangan pula boleh mengakibatkan kemurungan (depresi). Depresi menyebabkan lesu, tak boleh fokus & hilang semangat hidup. DAPATKAN RAWATAN SEGERA!


9. Lemak di perut (belly fat). Obesiti menyebabkan peradangan kronik. Dan "tayar spare" adalah tanda obesiti. Sel2 lemak di perut melepaskan komponen kimia yang merangsang proses peradangan. Banyak kajian yang menyokong kaitan antara "belly fat" dengan peradangan dalam badan.


Bagaimana nak mengesan peradangan kronik?


Doktor anda akan membuat pemeriksaan darah (termasuk pemeriksaan2 lain) untuk mengesan tanda2 peradangan kronik.

Apa tunggu lagi..copek jumpa doktor anda!


Semoga bermanfaat.




DR MUHAMMAD RIDHA

KLINIK FAMILI

Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos




Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan akan datang!







Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan X-ray Dada

  Apakah itu x-ray dada? X-ray dada adalah pemeriksaan yang dibuat menggunakan mesin x-ray untuk melihat organ-organ di dalam dada seperti paru-paru, jantung, tulang rusuk dan saluran darah utama. Biasanya ia diambil dalam posisi berdiri dan pesakit disuruh menarik serta menahan nafas seketika semasa pemeriksaan dilakukan. Bilakah x-ray dada perlu dilakukan?  batuk berpanjangan  batuk darah susah bernafas sakit dada kecederaan pada dada mempunyai tanda-tanda penyakit seperti TB, kanser dan pneumonia pemeriksaan kesihatan berkala Apakah persiapan untuk melakukan pemeriksaan x-ray dada? pesakit perlu menanggalkan baju dan memakai pakaian klinik/hospital barangan kemas berupa rantai dan sebarang objek yang menghalang pemeriksaan dada perlu ditanggalkan tidak perlu persediaan khas seperti berpuasa Siapa yang akan mengendalikan pemeriksaan x-ray dada? Pemeriksaan x-ray dada haruslah dikendalikan oleh Juru X-ray yang bertauliah. NB Sekiranya anda mengandung , sila maklumkan kep...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...