Pentingnya makan vitamin dah tahu.
Vitamin apa nak makan pon dah tahu.
Tapi...
Nak beli yang mana yer..
Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya.
STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS.
Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM.
Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak.
Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.
Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah diluluskan oleh Drug Control Authority (DCA). Ianya diuji dari segi kualiti, keberkesanan & selamat diguna. Produk yang telah lulus untuk dipasarkan, diberi penglabelan MAL oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1978. Label MAL terdiri daripada 8 digit disertai satu huruf di hujungnya menandakan kategori produk. Khusus untuk produk suplemen, huruf "N" digunakan. Contohnya
MAL 12345678N.
Nak lebih jelas? Cer lihat contoh di bawah..
Pastikan juga setiap produk suplemen ada tanda hologram dari KKM untuk mengenalpasti produk original bukan tiruan.
NSF International pula adalah satu badan global yang memberikan pengiktirafan (peringkat standard dunia) terhadap jenama suplemen yang mematuhi standard kualiti yang ditetapkan. Dengan kata lain, selamat dimakan, tiada bahan toksik serta kandungannya sesuai dengan yang tertulis di botol. In my own words... "put what you write, write what you put".
Macam mana nak cari? Larr..buka laman sesawang
1. NSF International
2. Masukkan jenama suplemen yang dicari di ruangan SEARCH
3. Tekan ENTER!
Kalau keluar namanya beserta sertifikasi NSF/ANSI 173, maknanya produk suplemen yang anda cari itu ada pengiktirafan antarabangsa dari segi kualiti, sesuai kandungan dengan label, bebas bahan toksik serta selamat dikonsumsi.
Selamat mencuba!
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!





Comments
Post a Comment