Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza.
Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah.
15 Mitos Berkenaan Influenza
Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.
Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat!
Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak dengan anda, mungkin dijangkiti virus ini. Tiada gejala tak bererti tak sakit..anda mungkin pembawa!
Mitos 4. Selsema yang teruk boleh menjadi influenza. Penyakit influenza disebabkan oleh virus yang berbeza dengan virus selsema. Gejalanya lebih berat dan boleh mengakibatkan komplikasi berbanding selsema biasa.
Mitos 5. Saya tak mungkin dijangkiti sebab saya pakai pelitup muka. Ya, ianya membantu tapi ada kaedah jangkitan lain. Misalnya kalau kita terpegang permukaan yang ada virus ini lalu menggosok mata, hidung atau mulut.
Mitos 6. Hanya mereka yang ada penyakit kronik perlu ambil vaksin influenza. Mendapatkan suntikan vaksin influenza setiap tahun adalah cara pencegahan terbaik buat kanak2 & orang dewasa yang sihat. Malah ianya mengurangkan penularan virus ini kepada golongan yang lebih rentan seperti warga emas, kanak2 & mereka yang ada penyakit kronik.
Mitos 7. Saya sihat, jadi tak mungkin kena influenza. Badan kita menghasilkan antibodi jika dijangkiti kuman. Kita tidak mempunyai antibodi semulajadi terhadap influenza (walaupun anda Mr.Fit!). Vaksin influenza membantu tubuh menghasilkan antibodi terhadap penyakit ini. Jadi sekiranya anda sihat, anda tetap disyorkan untuk mendapatkan suntikan influenza.
Mitos 8. Antibiotik boleh melawan penyakit influenza. Influenza adalah penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya berkesan untuk penyakit yang diakibatkan oleh bakteria. Ya. Kita juga ada ubat antiviral. Tapi ia harus digunakan dalam 48 jam pertama setelah dijangkiti influenza.
Mitos 9. Vaksin influenza tidak boleh jika anda alah terhadap telur. Kajian terkini CDC (Center for Disease Control) menganjurkan pengambilan vaksin influenza kerana risiko yang tersangat kecil untuk mereka yang ada alahan telur. Tambahan pula, sekarang dah ada vaksin yang "bebas-telur".
Mitos 10. "Stomach flu" sama dengan influenza. Nama serupa tapi tak sama. "Stomach flu" disebabkan kuman seperti virus atau bakteria yang menyebabkan demam, cirit-birit serta muntah2. Sedangkan influenza disebabkan oleh virus. Gejalanya demam, sakit badan, lesu, batuk, hidung tersumbat & kadang2 cirit-birit. Perjalanan penyakitnya lebih berat dan boleh menyebabkan pneumonia (jangkitan paru2) serta kematian.
Mitos 11. Saya tak akan dijangkiti influenza kerana saya guna hand-sanitizer. Ianya membantu tapi virus influenza disebarkan melalui "droplets" di udara selain berada di permukaan objek.
Mitos 12. Penyakit influenza tak lah seteruk mana. Perlu diingat bahawa jangkitan virus boleh membawa maut walaupun sebelumnya sihat dan tiada penyakit kronik. Influenza BUKAN demam selsema biasa.
Mitos 13. Saya dah ambil suntikan influenza, jadi saya kebal 100%. Ingat..vaksinasi influenza memberikan kekebalan sebanyak 40-60%. Tapi anda tetap perlu ambil suntikan ini kerana ia akan mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini.
Mitos 14. Suntikan influenza sebanyak 2x lebih berkesan. TIDAK. Satu suntikan dah memadai. Yang penting jenis vaksin itu sesuai untuk "strain" virus terkini.
Mitos 15. Saya selamat kerana orang lain dah ambil suntikan influenza. "Herd immunity" terjadi bila sejumlah orang sudah mengambil vaksin. Biasanya memerlukan paling kurang 90% populasi diberikan suntikan sebelum virus tersebut terhalang penularannya. Apatah lagi virus yang sangat mudah & cepat tersebar seperti virus influenza. Jadi..jangan berharap sangat biarkan orang lain sahaja yang ambil suntikan ini! Laksanakan tanggungjawab anda buat diri, keluarga & masyarakat.
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE,YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment