Setiap 4hb Februari seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia.
Apakah sambutannya berlalu begitu sahaja seperti "Hari2 Sedunia" yang lain? Tentu tidak. Dan sepatutnya pun tidak.
Kita perlu mengambil iktibar dari pengalaman dan berikhtiar agar penyakit ini dijauhi daripada kita & keluarga tersayang. In shaa Allah.
7 tips mengurangkan risiko penyakit kanser
1. Berhenti merokok. Jika anda seorang perokok, hentikan merokok. Jika anda bukan seorang perokok, jangan mulakan! Dapatkan rawatan berhenti merokok daripada doktor. Jom Quit!
2. Makan seimbang. Suku suku separuh. Suku protein. Suku karbohidrat. Dan separuh pinggan buah serta sayur2an. Kurangkan makanan proses & lemak.
3. Bersenam. Senaman yang optimal (moderate exercise) adalah sekurang2nya 30 minit sehari selama 5 hari seminggu. Maintain BMI yang ideal (18.5-24.9).
4. Sinar ultraviolet. Lindungi diri dari sinar UV terutama di waktu tengahari. Gunakan losyen sunscreen sekurang2nya SPF 30 & pakaian yang sesuai (sekiranya perlu).
5. Vaksin. Virus seperti Hepatitis B dan human papillomavirus (HPV) boleh meningkatkan risiko kanser hati, cervix dsbnya. Dapatkan nasihat doktor dan imunisasi anda segera.
6. Hentikan gaya hidup risiko tinggi. Seperti seks bebas, penggunaan alkohol serta dadah. Dapatkan bantuan khidmat nasihat & rawatan doktor jika perlu.
7. Pemeriksaan screening. Lakukan pemeriksaan kesihatan dan kanser screening secara berkala. Ingat cegah sebelum sakit. Rawatan kanser juga biasanya lebih tinggi keberhasilannya sekiranya mendapatkan rawatan awal.
Kesihatan anda, di tangan anda. Take charge!
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment