Alhamdulillah.
Vaksin Covid-19 yang ditunggu2 sudah berjaya dihasilkan. Langkah seterusnya ialah mendapatkan seramai mungkin mengambil vaksin ini. Sekurang2nya 80% populasi negara kita perlu ambil vaksin ini untuk menghasilkan imuniti kelompok (herd immunity).
Malangnya, masih ramai yang takut. Masih ramai di atas pagar. Tunggu & lihat katanya.
Nah..di sini Dr berikan sebab kenapa kita perlu (..wajib) ambil vaksin Covid-19.
10 sebab anda perlu ambil vaksin Covid-19
1. Ada yang kata cepatnya vaksin ini dihasilkan. Sebenarnya asas kajian vaksin coronavirus sudah lama dimulakan sejak wabak SARS pada tahun 2003. Proses penghasilan vaksin ini juga mendapatkan keutamaan dari semua pihak memandangkan kesan global terhadap kesihatan & ekonomi. Maka tiada masalah dana, sampel mahu pun kes2 kajian sepertimana yang dihadapi semasa penghasilan vaksin2 lain sebelum ini.
2. Vaksin Covid-19 TIDAK menyebabkan anda dijangkiti penyakit Covid-19. Ia TIDAK mengandungi coronavirus. Malah ianya selamat untuk mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah (cuma keberkesanan vaksin mungkin berkurang).
3. Vaksin Covid-19 TIDAK mengubah DNA anda. Ia tidak berinteraksi dengan DNA. Jadi anda tidak mungkin menjadi salah seorang anggota X-men!
4. Perubahan yang mungkin dihadapi selepas divaksin adalah reaksi sistem imun badan untuk menghasilkan kekebalan terhadap penyakit Covid-19. Justeru itu, ia adalah petanda vaksin itu berkesan.
5. Kebanyakan "kejadian" selepas divaksin BUKAN disebabkan oleh vaksin Covid-19. Tetapi ia disebabkan punca lain atau penyakit yang dah sedia ada. Apatah lagi dalam program vaksinasi global (mass vaccination) melibatkan jutaan orang serentak. Hakikatnya ini adalah program vaksinasi yang TERBESAR sehingga kini!
6. Penyakit Covid-19 mungkin memberikan sedikit imuniti semulajadi (natural immunity). Tetapi tahap imuniti selepas divaksin jauh melebihi "natural imunity". Lagi pun, adakah anda nak ambil risiko mendapat penyakit Covid-19 untuk memperoleh imuniti semulajadi? Sudah pasti tidak. Berbanding dengan vaksin, penyakit Covid-19 boleh menyebabkan kematian.
7. Dengan mengambil vaksin Covid-19, kita bukan hanya melindungi diri kita. Kita juga turut membantu melindungi golongan yang rentan. Mereka yang lemah sistem imun tidak dapat menghasilkan kekebalan sebaik orang biasa setelah divaksin. Untuk mendapatkan imuniti kelompok, kita perlu sekurang2nya 80% penduduk negara kita divaksin. In shaa Allah penularan virus ini dapat disekat. Ayuh..Lindung Diri, Lindung Semua!
8. Makanan yang kita makan seharian bukan 100% selamat. Kalau kita nak 100% selamat, nampak gayanya tak makanlah apa2! Begitu juga dengan mana2 vaksin. Termasuklah vaksin Covid-19. Cuma risikonya amatlah kecil berbanding manfaatnya. Sehingga kini (22 Mac 2021), sudah ada 2,711,071 kematian akibat penyakit Covid-19. Ini pun hanya dalam jangkamasa setahun lebih! Justeru itu, kita perlu ambil vaksin untuk menghentikan wabak ini.
9. Kejayaan vaksin menghentikan penularan penyakit Covid-19 bergantung kepada kita. Lebih ramai yang ambil vaksin, lebih tinggi tahap keberkesanannya. Sekurang2nya 80% perlu divaksin untuk mendapatkan imuniti kelompok. Maka laksanakanlah tanggungjawab anda kepada agama, bangsa & negara.
10. Sekiranya anda masih tidak yakin, silakan membuat kajian/bacaan anda sendiri. Tetapi anda harus mempunyai fikiran terbuka dan tidak berat sebelah (bias) dalam kajian anda. Nescaya, anda akan menemukan lebih banyak "pros" daripada "kontra". Masih tidak yakin? Bererti besar kemungkinan keputusan anda lebih kepada pendirian peribadi BUKAN fakta & data!
Lindung Diri, Lindung Semua!
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE,, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment