Skip to main content

8 Tips Diet Yang Anda Perlu Tahu

 






Pernah tak bila diet, sampai satu tahap berat tak turun2? Ini namanya fasa "plateau". Ingin tahu macam mana nak mengatasi fasa ini? 

8 tips melepasi fasa "plateau" turunkan berat badan.

1. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Dah tahu, dah pernah dengar. Tapi tak diamalkan. Jangan paksa diri makan kalau masih terasa kenyang (walaupun yang terhidang di depan itu membuatkan anda menelan air liur). Satu lagi..biasakan jangan tambah walaupun ianya sedap menjilat jari!

2. Fokus ketika makan. Biasa tak.. makan sambil tengok handphone, komputer atau TV? Perasan tak kalau makan beramai2, macam sedap jer bertambah2? Ini kerana persekitaran mempengaruhi pola & porsi pemakanan kita. Anda akan lebih peka & selektif  akan pilihan serta jumlah makanan yang diambil sekiranya FOKUS ketika  makan. Dan..anda bisa menikmati setiap suapan!

3. Kurangkan makan luar. Sering makan di luar? Tak perlu masak, kedai pun buka 24 jam! Sedar atau tidak, makanan kedai biasanya lebih banyak kandungan kalori, lemak, gula & garam (yesszza itu yang buat sedap). Serat dalam bentuk sayur & buah pun tentu kurang. So..better masak sedap dan sihat kat rumah. Tapi..apa salahnya sesekali bawa famili makan kat luar (jangan berkali2 sudah!)

4. Makanan sihat untuk diet. Anda peminat "health food"? Tak salah. Pastinya setiap jenama akan cuba menampilkan kehebatan masing2. If you ask me..cara terbaik adalah "go natural". Pilih makanan & minuman (not processed food) secara "sedar dan selektif".

5. Nak kurus kena berlapar. Oh..tidak! Sama sekali tidak. Jangan seksa diri anda dengan berlapar (ingat tips No.1 di atas?). Sekiranya lapar banget, anda pasti gelojoh time makan. Bukan kurus yang dapat, malah tambah berapa inci kat perut! Kajian menunjukkan bahawa orang yang biasa tak makan sarapan, makan tengaharinya akan berlebih2. So..ketahuilah anda..nak kurus TAK perlu berlapar!

6. Elakkan makanan berkarbohidrat. Biasa dengar "pakar diet" cakap jangan makan itu ini? Hakikatnya, badan kita memerlukan setiap kategori makanan (even karbohidrat) untuk berfungsi dengan baik. Apa yang penting adalah porsi atau jumlahnya perlu diseimbangkan dengan tahap aktiviti masing2. Kalau pekerja ladang sawit disuruh makan "secubit" nasi, silap2 mahu kita diberinya tenungan maut!

7. Cukup diet, tak perlu exercise. Sekali lagi tidak! Diet dan exercise adalah pasangan yang tidak boleh dipisahkan. Sekiranya tak mampu senaman berat seperti berlari, sekadar berjalan pun jadilah. Bersenam mampu "membakar" banyak lemak & kalori  lebihan badan. Malah kajian menunjukkan bahawa mereka yang rajin bersenam, berat badannya turun dan kekal ideal di tahap sihat. Paling best..ketika bersenam, tubuh mengeluarkan hormon endorphin. Hormon ini memberikan "the feel-good effect". Anda akan rasa lebih positif dan bertenaga untuk mengejar impian anda. 

8. Anda rasa rendah diri. JANGAN! Jangan pernah rasa rendah diri walaupun badan anda tak macam Heidi Klum atau Arnold Schwarzenegger. Bermula dengan percaya diri, barulah anda mampu "bersemangat" agar dapat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. So..yakin diri & anda pasti boleh!



Dr Muhammad Ridha

KLINIK FAMILI

#carebeyondcure


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos




Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU! 

 





Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....