Skip to main content

6 Tanda Anda Kurang Dapat Sinaran Matahari

 

                                               Photo by Samuel Silitonga from Pexels




6 tanda anda kurang mendapat sinaran matahari


1. Rasa kurang bersemangat. Nak masak kemas rumah tak bersemangat. Nak pergi kerja tak bersemangat (bukan sebab kena marah boss yer). Pokoknya rasa down jer. Sinar mentari merangsang pengeluaran hormon serotonin (feel-good hormone) dalam badan. So bangun awal pagi wait for the morning sunshine!


2. Naik berat badan. Apalagi lepas PKP..betul3x. Sinar matahari merangsang pengeluaran nitric oxide di dalam kulit anda. Nah apa fungsinya? Nitric oxide menyebabkan metabolisme badan lebih efisien lalu mengurangkan keinginan nak makan3x! Nak diet?...Cuba a dose of sunlight (AMARAN KERAS:bukan pencuci pinggan yer) every morning.


3. Sakit2 badan. Sering mengalami sakit2 badan? Sakit belakang..pegal2 badan? Anda mungkin kurang paparan sinaran matahari. Sinar matahari membantu pembentukan vitamin D dalam kulit. Fungsi kalsium dan kolagen untuk menguatkan otot dan tulang akan terjejas sekiranya vitamin D kurang  dalam badan.


4. Kurang tidur. Sekiranya kita banyak menghabiskan masa di dalam rumah, jam biologikal badan (circadian rhythm) akan terganggu. Kesannya..dah malam tapi mata tak leh lelap! Reset balik jam biologikal anda dengan sedikit sinar mentari setiap hari.


5. Keringat basah. Kalau anda sering peluh berlebihan terutama di bahagian dahi walaupun dalam keadaan tidak beraktiviti, ada kemungkinan anda kekurangan vitamin D (selain risiko sakit jantung). Jumpalah doktor segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.


6. Sunscreen. Khusus buat kaum hawa (..dan lelaki yang kulit "sensitif"). The common belief is lagi tinggi SPF lagi bagus lotion itu. Actually, kebiasaan pakai lotion apatah lagi SPF tinggi boleh menghalang kulit anda daripada mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi. 


Pesanan ringkas ini dibawa oleh..


Dr Muhammad Ridha

KLINIK FAMILI


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos

Sila SUBSCRIBE & SHARE untuk mendapatkan tips2 kesihatan.




Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....