Skip to main content

8 Tanda Anda Kurang Air (Dehidrasi)

 

                                                     Image credit Pexels
  




8 tanda anda kurang air (dehidrasi)


1. Mulut berbau. Antara fungsi air liur adalah untuk membersihkan sisa2 makanan dalam mulut. Sekiranya tidak, semakin banyak bakteria membiak dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan (biasanya orang sebelah yang "azab"). Solusinya minum air sikit2 sepanjang hari agar mulut sentiasa basah. 


2. Mudah melenting. Dehidrasi akan menganggu fokus dan daya pemikiran. Selain itu, mood turut terganggu..dan apalagi mudah marah. Jadi kalau ada yang suka sikit2 pun marah, elok lar "take a break" minum air!


3. Sakit kepala. Sering sakit kepala? Atau sewaktu puasa? Puncanya kurang air. Jawapannya pastikan badan anda cukup air (rehidrasi) terutama waktu puasa (lapar pon ya jugak kot).


4. Makan banyak. Teringin nak makan itu dan ini? Apalagi yang manis2? Tanda anda kurang air. Ianya juga sering terjadi selepas bersenam. Glikogen (sumber tenaga) dalam badan kita digunakan sewaktu bersukan. Begitu juga air. Jadi badan "signal" kita untuk menggantikan air dan glikogen (makan berkarbohidrat). Capai air dulu!


5. Kulit berkedut. Kurang berseri kata orang. Cuba cubit kulit di belakang tangan anda. Kemudian lepaskan. Kalau ianya turun perlahan2..anda kurang air! Tapi keanjalan kulit ini turut dipengaruhi oleh faktor2 lain termasuk faktor usia. Apa2 pun, nak kulit berseri minum air!


6. Kurang bertenaga. Pernah terasa kurang bersemangat? Lebih2 lagi kalau tengah bersenam. "Performance" kurang kalau badan anda dalam keadaan dehidrasi. So minum air secukupnya sebelum berlari!


7. Memandu kereta kurang fokus. Selalunya nak jalan jauh malas nak minum air. Nanti kejap2 kena berhenti kat R & R. Tapi tahukah anda bila badan kurang air, fokus dan refleks kita menurun. Jadi pastikan ada sebotol air di samping anda ketika memandu (tapi JANGAN minum sambil memandu).


8. Pening ketika berdiri. Pernah rasa nak pitam bila bangun dari tidur atau kerusi? Kata orang darah lambat sampai ke otak. Kita sebut ortostatik hipotensi (bukan impotensi yer). Solusi amalkan minum air secukupnya setiap hari.


Dr Muhammad Ridha

KLINIK FAMILI

Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos


Sila SUBSCRIBE & SHARE untuk mendapatkan tips2 kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....