Skip to main content

9 Tanda (..tersirat) Yang Anda Perlu Jumpa Doktor



                                                                   
Photo by cottonbro from Pexels 



 9 tanda yang anda perlu jumpa doktor :


  • Mudah atau sering lupa. Pernah mengalami situasi nak cakap sesuatu tapi..apa yer? Tak ingat letak kunci kereta. Habis satu rumah kena marah. Rupa2nya ada dalam poket seluar. To forget is human. But to forget often is not. 
  • Stress keterlaluan. Kata orang manusia normal pasti ada stress. Yup..tapi kalau dah terlampau stress di tempat kerja, rumah mahupun dalam bersosial..something wrong somewhere..
  • Sentiasa rasa mengantuk. Pagi mengantuk. Tengahari melayang (..kalau lepas makan biasa larr). Belum malam mata dah sayu! Rasa macam tidur malam dah cukup. Tapi kenapa ek..mengantuk memanjang?
  • Kejang otot betis. Tengah layan drama "Bicara Cinta" kaki tup-tup kejang. Tengah syok tidur malam ..tup betis kejang..azab! Kalau dah "once too many", get it checked.
  • Kebas tangan dan kaki. Doktor..tangan dan kaki saya selalu kebas2 dalam 2-3 bulan ini. Sesekali itu ok. Kalau selalu, pasti ada sebabnya!
  • Kulit terlalu kering. Dah lah kering, gatal pulak. Macam2 kemungkinan. Biasanya dengan sedikit konsultasi dan pemeriksaan doktor, dapat dikenalpasti puncanya.
  • Jerawat. Halus..kasar..batu. Tak kisah. Persoalannya kenapa sekarang? Dulu waktu puber biasa larr. Ini dah besar panjang pun dia mai lagi..aduhh! Jawapannya lawatlah doktor kesayangan anda!
  • Rasa lesu setiap petang. Terasa berat sungguh nak buat kerja (..nasib Boss tak ada). Kalau disorong bantal pasti lena dibuai mimpi indah. Sehari dua takpe. Kalau hari2..hmm something wrong larr.
  • Hubungan suami isteri kurang. Kurang umphh! Dulu yer lar muda bertenaga. Sekarang dah ada cucu, tak kan lah sama. Yes. Tapi tepuk dada tanya hati. Are we missing something here? You know better. Jumpalah doktor anda!




DR MUHAMMAD RIDHA
KLINIK FAMILI

Sila SUBSCRIBE & SHARE untuk dapatkan tips2 kesihatan!

Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....