Photo by Polina Tankilevitch from Pexels
9 Sebab Anda Perlu Tahu Jenis Darah Anda
1. DVT atau deep vein thrombosis. Kajian menunjukkan jenis darah AB, A dan B mempunyai risiko lebih tinggi berbanding darah jenis O. Malah darah jenis AB mempunyai risiko paling tinggi sebanyak 20%.
2. Sakit jantung. Sekali lagi darah jenis AB, A dan B mempunyai risiko yang lebih tinggi. Namun, risiko ini kecil berbanding "modifiable risk factors" seperti berat badan, merokok dan cara hidup sedentari (kurang bersenam).
3. Kanser perut. Jenis darah A dan AB mempunyai risiko yang lebih tinggi. Maka, perlu usaha yang konsisten seperti melebihkan pemakanan serat tinggi & air serta bersenam.
4. Kesuburan. Wanita dengan darah jenis O berkemungkinan mempunyai tahap hormon FSH yang tinggi, menunjukkan "low ovarian reserve". Dengan kata lain, kurang subur. Tapi jangan risau. Faktor usia jauh lebih mempengaruhi kesuburan berbanding dengan jenis darah.
5. Risiko mengandung. Kali ini bukan jenis darah ABO yang penting. Yang penting darah itu Rhesus (Rh) positif atau negatif. Contoh kalau si ibu darah jenis Rhesus negatif sedangkan bayi yang dikandung Rhesus positif, boleh mengakibatkan komplikasi. Tapi sekarang dengan mengetahui jenis darah lebih awal, doktor dapat memberikan suntikan di awal mengandung untuk mengurangkan risiko tersebut.
6. Dementia. Darah jenis AB mempunyai risiko 82% untuk mendapat dementia atau "memory-loss". Tapi ingat, sama seperti penyakit jantung, jenis darah hanya membawa risiko kecil berbanding "modifiable risk factors".
7. Stroke. Darah jenis O mempunyai risiko yang paling kecil. Tapi jangan terus melompat gembira dan membedal makan apa saja. Ingat "modifiable risk factors" tetap kena jaga sebab ianya membawa risiko yang jauh lebih tinggi.
8. Nyamuk. Peliknya darah jenis O lebih diminati nyamuk berbanding jenis lain (darah manis kot). Yang pastinya tetap jaga kebersihan rumah & persekitaran sebab nyamuk tetap dibedalnya siapa saja yang dapat!
9. Emergensi. Sebenarnya ini sebab yang paling penting. Kita ingat nombor kad pengenalan. Tapi berapa ramai yang tahu jenis darahnya. Apatah lagi dalam kes2 kecemasan. Paling tidak membantu para petugas kesihatan dalam menjalankan tugas. Perlu diingat darah tetap akan diperiksa (cross-match) sebelum proses transfusi (pemindahan darah) kepada pesakit.
DR MUHAMMAD RIDHA
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan akan datang!

Comments
Post a Comment