Skip to main content

Nampak Sihat jer..tup..tup Sakit!

 






Biasa kan dapat khabar kenalan atau saudara yang baru jumpa nampak sihat tapi tahu2nya kena heart attack, stroke, kanser dsbnya. Nauzubillahi min zalik.

Apakah yang perlu dibuat agar perkara seumpama itu dijauhkan daripada kita?

Antara yang paling basic & wajib ialah menilai status kesihatan masing2. Bagaimanakah caranya?

Nah..mudah saja. Buatlah pemeriksaan kesihatan berkala dengan doktor anda at least 6-12 bulan sekali. Antara pemeriksaan yang biasa dibuat adalah pemeriksaan darah, ECG, Pap smear, pemeriksaan payudara, pemeriksaan gigi, ultrasound dan xray. Jangan panik! Doktor anda akan advise mana yang perlu buat mengikut keutamaan.

Jelas. Ini namanya "pre-emptive measure". Kata orang kita berjaga2 sebelum kena!


Okay..Dr harap dengan ilmu ini kita akan lebih sihat fizikal mental & ceria selalu.



DR MUHAMMAD RIDHA

KLINIK FAMILI

Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos

Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....