Skip to main content

10 Sakit Yang Memerlukan Rawatan Segera Doktor



                                                                              Photo by Karolina Grabowska from Pexels



 Sakit. Pasti semua orang pernah merasa sakit. Ianya relatif bergantung kepada tahap "threshold" atau tahap seseorang menanggapi rasa sakit tersebut. Ada yang kena jentik pun dah meraung. Ada yang tengah nak melahirkan anak, muka masih nampak selamba jer.

Tapi ada sakit yang memerlukan tindakan SEGERA, iaitu berjumpa dengan doktor. Biasa ianya datang secara mendadak & tersangat sakit. Seringkali sakit tersebut disertai gejala2 lain.

Okay. Nak tahu sakit yang macam mana?


10 sakit yang memerlukan rawatan segera doktor 


1. Sakit kepala tiba2. Sakit kepala yang mendadak & tersangat sakit (terutama bila tak pernah sakit semacam ini). Antara kemungkinan adalah pembengkakan salur darah dalam otak (brain aneurysm). Sekiranya salur darah tersebut pecah boleh menyebabkan perdarahan otak & stroke.


2. Sakit gigi. Sakit gigi terutamanya semasa meminum air sejuk. Sekiranya lapisan luar gigi (enamel) terhakis atau berlubang, saraf di dalam gigi akan terdedah. Setiap kali kita meminum air sejuk atau panas, gigi akan terasa sakit. Selain itu, ia juga menambahkan risiko jangkitan kuman yang berpotensi merebak ke bahagian badan yang lain.


3. Sakit tangan, pergelangan & lengan. Kebas2 & sakit tangan yang melibatkan ibu jari, telunjuk & jari tengah sampai ke pergelangan dan lengan. Anda mungkin mengalami carpal tunnel syndrome. Kalau tidak dirawat, otot2 tangan mulai mengecut sehingga fungsi tangan terjejas.


4. Sakit dada. Sakit dada adalah tanda klasik sakit jantung. Ianya disebabkan bekalan darah ke jantung terganggu. Sakit ini boleh sampai ke dagu, leher, bahu dan/atau lengan kiri.


5. Sakit belakang. Sakit belakang biasanya di bahagian tengah dan berupa sakit dalam yang berterusan. Serba tak kena. Duduk sakit. Baring pun sakit. Kemungkinan sakit buah pinggang. Sekiranya  ditambah demam & loya/muntah, dikhuatiri sudah dijangkiti kuman. Tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan kuman masuk darah serta kerusakan buah pinggang.


6. Sakit belakang sampai kaki. Sakit belakang bahagian bawah yang "menembak" ke kaki. Ini merupakan tanda sciatica. Biasanya berpunca daripada trauma atau saraf sciatic yang tertekan. Sekiranya kaki terasa lemah & pundi kencing hilang kawalan, ianya mungkin akibat cauda equina yang boleh mengakibatkan lumpuh!


7. Sakit perut. Sakit perut terutama sebelah kanan bawah. Ditambah pula dengan demam & loya/muntah, ianya mungkin disebabkan appendicitis. Sekiranya lambat mendapat rawatan, ia mungkin pecah dan mengakibatkan jangkitan kuman yang fatal.


8. Sakit perut sebelah bawah. Sakit perut seperti cramp sengugut. Tapi bezanya sakit lebih kuat & berterusan. Ini mungkin akibat endometriosis. Ia adalah keadaan di mana tisu lapisan dalam rahim tumbuh di luar rahim. Boleh menyebabkan ketidaksuburan sekiranya lambat mendapatkan rawatan.


9. Sakit kaki. Rasa sakit yang mendalam dan cramp kaki disertai oleh tanda2 kemerahan, panas dan bengkak. Ia mungkin DVT, iaitu, darah beku dalam salur darah kaki. JANGAN urut bahagian yang sakit itu kerana ianya berisiko menyebabkan darah beku pecah dan menyumbat jantung & paru2.


10. Sakit tapak kaki. Rasa seolah2 tapak kaki dicucuk2. Kadang2 terasa seperti kesemutan, kebas2 atau terbakar. Antara sebab ialah kerusakan saraf akibat kencing manis. Sekiranya lambat mendapatkan rawatan, kaki akan hilang rasa malah boleh menyebabkan komplikasi yang serius.



INGAT..pepatah orang. Kalau anda rasa sehat itu mahal, cubalah sakit!



Dr Muhammad Ridha

KLINIK FAMILI

Sila LIKE FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos



Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU! 






Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....