Skip to main content

7 Jenis Sakit Kaki

 








Sakit kaki? Siapa yang tak pernah sakit kaki? Tak kira tua muda pasti pernah mengalami sakit kaki. Kadang2 secara perlahan2 makin sakit. Terkadang sakit tiba2 seperti kejang betis tengah syok tidur malam. 

Nah. Di sini Dr nak berkongsi sikit 7 jenis sakit kaki yang perlu kita kenal & yang mana perlu rawatan doktor.


7 Jenis Sakit Kaki (..yang perlu anda peka)


1. Shin splints. Ini biasa terjadi pada mereka yang mula bersenam secara tiba2 (biasa lar tengah bersemangat). Tak buat pemanasan (stretch exercise) dulu. Terus first day nak mula berlari 10km contohnya. Sakit akan terasa sebelah depan kaki & terkadang lutut. Segera hentikan senaman lasak dan rehatkan kaki. Boleh dituam dengan ais. Dalam kes tertentu perlu makan ubat tahan sakit (jumpa doktor ya untuk dapatkan ubat yang sesuai). PERHATIAN...shin splints boleh mengakibatkan stress fracture (retak tulang) jika tidak diambil tindakan awal. Apalagi bagi mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah (doktor anda boleh periksa tahap vitamin D).


2. Kaki cramp. Biasanya terjadi kalau kita terlebih senam (ini juga termasuk kes terlebih semangat) atau kurang minum air (dehidrasi). Sakit ototnya biasa dalam beberapa saat ke minit. Rehatkan kaki, tuam panas & buat sedikit senaman regangan. PERHATIAN...kalau sakit itu terasa lebih ke dalam & berterusan, ada kemungkinan DVT (bekuan darah dalam salur darah) atau peripheral arterial disease di mana bekalan darah ke kaki terjejas. JUMPA DOKTOR SEGERA!


3. Sakit lutut. Kalau sakitnya bertambah dengan pergerakan, atau bila ditekan, nampak bengkak serta merah, ianya mungkin "bursitis" (peradangan kantong berisi cecair yang berfungsi sebagai "shock absorber"). Rehat, tuam ais & ubat tahan sakit. Sekiranya sakit & bengkak tak surut, JUMPA DOKTOR!


4. Sciatica. Sakit yang "menembak" seperti renjatan dari belakang ke punggung langsung ke kaki. Ini biasanya melibatkan saraf sciatic yang tersepit. Biasa terjadi pada lelaki yang suka letak dompet tebal kat poket belakang (banyak duit kot). Sama ada kurangkan isi dompet atau letak kat poket depan (walaupun kurang macho). Tak bererti kaum hawa tak kena sakit ini yer. Sebab banyak lagi puncanya. Biasanya kena JUMPA DOKTOR juga akhirnya.


5. Luka Achilles tendon. Biasanya sakit di bahagian atas & belakang tumit. Kali ini para wanita yang suka pakai kasut tumit tinggi pula sering mendapat sakit ini. Begitu juga mereka yang banyak berdiri atau berjalan. Seperti biasa rehat dan tuam ais. PERHATIAN...JANGAN paksa diri terus bekerja atau pakai kasut tumit tinggi atau pun terus bersenam misalnya berlari. Ianya mungkin boleh menyebabkan tendon Achilles terkoyak lalu memerlukan pembedahan.


6. Growing pains. Seringkali anak2 terjaga malam dengan sakit & kejang kaki yang amat. Terjadi biasanya semasa fasa tumbesaran anak. Ianya disebabkan regangan pada tendon otot yang melekat pada tulang yang membesar serta memanjang. Tuam dengan ais, ubat tahan sakit dan  regangan boleh mengurangkan sakit tersebut. JANGAN RISAU...ini hanya fasa sementara yang akan berlalu.


7. Sakit paha. Biasa terjadi bagi mereka yang memakai tali pinggang yang berat seperti pekerja bangunan, kontraktor dan polis. Ianya kerana pemakaian tali pinggang yang berat apalagi ketat akan menekan saraf pada pinggang lalu menyebabkan sakit sampai ke paha. SOLUSINYA...ringankan & longgarkan tali pinggang anda!



DR MUHAMMAD RIDHA

KLINIK FAMILI


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos


Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan akan datang!




Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....