Skip to main content

8 Punca Mata Kering

 




Biasa dengar orang mengadu matanya terasa kering? Atau mungkin anda sendiri pernah mengalaminya.

Mata kering (jangan kering mata) adalah fenomena yang boleh terjadi tak kira tua muda.


8 punca mata kering


1. Aesthetik. Pemakaian lensa kontak yang tidak betul atau berpanjangan boleh menyebabkan iritasi mata. Partikel halus seperti debu boleh terperangkap di bawah lensa sekiranya kaedah pemakaian tidak betul. Sekiranya ini terjadi, sebaiknya beralih kepada kaca mata sehingga kondisi tersebut reda. Dalam sesetengah kes, mata kering terjadi selepas pembedahan laser mata. Biasanya keadaan ini pulih kembali selepas beberapa hari. Sekiranya tidak, segera jumpa doktor.


2. Komputer. Mata kering juga boleh terjadi sekiranya kita banyak menghabiskan masa di depan komputer, handphone, tablet dan lain2 peranti yang seangkatan dengannya. Ini kerana kedipan mata berkurang semasa kita menatap skrin komputer. Lalu lapisan air mata lebih cepat tersejat. Jadi anak2 (..& ibu2 bapak2) kurang2kan menghadap HP yer!


3. Persekitaran. Cuaca panas kering, asap, debu, angin, terik matahari dan tempat tinggi boleh memudahkan mata menjadi kering. Faktor2 lain termasuk terdedah kepada haba, aircond serta kelembapan udara yang rendah. Pemakaian cermin mata gelap membantu dalam situasi ini. Namun, sebaiknya elakkan daripada pendedahan yang berlamaan.


4. Umur. Semakin meningkat usia, semakin kurang produksi air mata. Inilah sebabnya orang yang berumur 50 ke atas mula mengalami kondisi mata kering (selain ketajaman penglihatan turut terkesan). Tapi ingat semakin tua, makin sensitif, semakin mudah keluar air mata!


5. Hormon. Perubahan hormon seperti pada wanita hamil & menopause juga boleh mengakibatkan mata terasa kering. Jadi para suami jangan perasan (apalagi bingung) kalau isteri suka mengenyit2kan mata. Bawa dia jumpa doktor.


6. Ubat2an. Ada ubat2 tertentu yang boleh menyebabkan mata menjadi kering. Antaranya adalah antihistamin, decongestant, oral contraceptive pill (OCP), ubat hormon serta ubat untuk  jerawat, darah tinggi, depresi dan Parkinson's disease. Sekiranya anda perlu ubat2 tersebut, dapatkan nasihat doktor terlebih dulu.


7. Penyakit. Ada beberapa kondisi kesihatan yang boleh menyebabkan masalah mata kering. Antaranya kencing manis, masalah tiroid, rheumatoid arthritis, lupus, Sjogren syndrome, scleroderma, Bell's palsy, vitamin A deficiency, alahan dan contact dermatitis. Sudah pasti anda harus jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.


8. Kelainan mata. Struktur mata itu sendiri turut memainkan peranan mengekalkan kelembapan mata. Maka, ada kelainan mata yang menyebabkan mata kering seperti ectropion (kelopak mata dalam terbalik ke luar) dan entropion (kelopak mata luar masuk ke dalam). Lagophthalmos nocturnal adalah satu kondisi mata di mana kelopak mata tidak tertutup sepenuhnya semasa tidur. Jaga2 sekiranya pasangan anda ada masalah ini, kerana dia mungkin tengah "scan" anda dalam tidur! 



Dr Muhammad Ridha

KLINIK FAMILI


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos




Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU! 


Comments

Popular posts from this blog

15 Mitos Penyakit Influenza

  Terdapat banyak salah faham terhadap penyakit & vaksin influenza. Anda perlu membezakan antara yang benar dengan salah. 15 Mitos Berkenaan Influenza Mitos 1. Penyakit ini berjangkit hanya sekiranya anda demam. Ubat   yang dimakan seperti panadol, ubat batuk & selsema hanya mengurangkan/menghilangkan gejala. Virus ini masih ada serta boleh menjangkiti orang lain. Malah semakin meningkat usia, semakin lemah tindakbalas badan menghasilkan demam sewaktu dijangkiti kuman.  Mitos 2. Vaksin influenza boleh menyebabkan penyakit influenza. Malah sebaliknya, ianya diberikan untuk mencegah kita daripada dijangkiti penyakit influenza. Perlu diambil perhatian bahawa keberkesanan vaksin tersebut mengambil masa beberapa minggu selepas suntikan. Jadi SEGERA dapatkan suntikan sebelum terlambat! Mitos 3. Ia tidak berjangkit sekiranya anda tiada gejala. Sebenarnya, gejala hanya timbul selepas 24-48 jam setelah anda dijangkiti. Dalam tempoh tersebut, setiap orang yang ada kontak d...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....