Kembung perut. Pasti anda pernah mengalaminya. Apalagi selepas makan nasi lemak tambah roti canai cecah kari diakhiri dengan segelas nescafe kawww!
Nah..bagaimana korang nak elak daripada masalah kembung perut (selain berpada2 waktu makan)?
6 Petua Elak Kembung Perut
1. Kurangkan stress. Kawal tahap stress anda. Salurkan melalui aktiviti2 yang menyeronokkan. Stress boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu. Jadi..next time sebelum makan tarik nafas dalam2 & senyum!
2. Lebihkan sayur2an. Tambahkan sayur2an dalam hidangan anda. Ianya banyak mengandungi serat & air yang mana membantu melancarkan penghadaman.
3. Pro-biotik. Terkadang anda perlu mengamalkan suplemen pro-biotik (seperti Yakult..bukan nak promote yer). Ia menjadikan flora usus lebih seimbang lalu membantu proses pencernaan.
4. Elak minuman bergas. Sudah pasti minuman ini mengandungi gas (karbon dioksida terlarut) yang menambah masalah perut kembung. Sebaiknya minum air suam sewaktu makan.
5. Halia. Dalam keadaan tertentu, meminum teh atau air suam yang ditambah beberapa potong halia sangat membantu mengurangkan rasa kembung perut. Jom cari teh bandrek!
6. Bersenam. Senaman ringan selepas makan membantu melancarkan pergerakan usus & penghadaman. Berjalan2 santai dengan pasangan anda (& anak2) sambil menghirup udara segar serta keindahan alam..bestnyer! Tapi jangan pula aktiviti lasak seperti jogging dsbnya. Lain pulak jadinya nanti!
Pesanan ringkas ini disampaikan oleh..
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment