Photo by Andres Ayrton from Pexels
Tahun baru,Azam baru. Pasti ramai yang dah menyematkan semangat berkobar2 untuk mencapai target & impian masing2 sepanjang tahun ini.
Antara lain ada juga dalam diam2 nak cuba "membuang lemak & daging" yang berlebihan. Agar lebih langsing. Lebih sedap dipandang mata.
Di sini Dr kongsikan 5 tips yang boleh membantu korang..
5 Petua Jaga Badan
1. Gula & Lemak tepu. Kurangkan makanan yang manis2 & mengandungi lemak tepu. Antara lain kek, coklat, makanan bergoreng dan minuman bergas. Walaupun kalori tetap sama, pengambilan lemak tepu berlebihan boleh menyebabkan berat badan korang naik!
2. Vitamin. Pengambilan vitamin berlebihan & tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan berat badan bertambah. Sebaiknya dapatkan konsultasi doktor tentang keperluan makan vitamin dalam kondisi tertentu.
3. Makanan proses. Elakkan dari pengambilan makanan proses & dalam tin seperti sosej, kacang & sambal. Makanan jenis ini mengandungi bahan pewarna, perasa & tambahan(additives) yang boleh menjadikan badan korang "comel".
4. Senaman pagi. Senaman di waktu pagi amat dianjurkan seperti berjalan, jogging & naik basikal. Sinaran matahari di pagi hari mempunyai kesan positif mengelakkan berat badan naik. Believe it or not!
5. Antibiotik. Pengambilan antibiotik tanpa pengawasan doktor adalah bahaya. Selain kesan sampingan, ianya juga boleh menganggu keseimbangan flora bakteria di dalam usus. Bakteria yang baik ini diperlukan untuk menjaga berat badan yang ideal. So..next time..pastikan anda dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil antibiotik!
In shaa Allah..Dr doakan korang semua berjaya mencapai target masing2 tahun 2021!
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment