Migrain biasanya dikaitkan dengan sakit kepala. Tapi tahukah anda gejala migrain tak selalunya berbentuk sakit kepala? Rasa lesu, kilatan cahaya malah sakit perut boleh merupakan tanda2 anda menghidap sakit migrain!
8 jenis sakit migrain
1. Sakit kepala "thunderclap".
Serangan mendadak & sangat sakit. Sakit kepala seperti ini terutama yang "tak pernah terasa sesakit ini" perlu konsultasi doktor segera!
2. Migrain vestibular.
Sakit kepala yang lebih kepada rasa pening disertai masalah ketidakseimbangan. Sebahagian besar migrain termasuk dalam kelompok ini tapi sering disalahtafsir sebagai vertigo!
3. Migrain kronik.
Sakit kepala 15 hari atau lebih dalam sebulan. Ianya sangat menganggu aktiviti seharian serta kualiti hidup. Sebaiknya jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
4. Migrain perut.
Terutamanya pada kanak2, mengadu sakit di sekitar pusat, diikuti mual/muntah serta hilang selera makan. Ianya mengambil masa 2-72 jam untuk reda. Kanak2 ini berpotensi sakit migrain (kepala) di usia dewasa. Sakit ini mirip sakit perut biasa seperti cirit-birit. Maka, perlu jumpa doktor untuk diagnosis & rawatan.
5. Migrain mata.
Bermula dengan kilatan cahaya selama lebih kurang 30 minit. Diikuti dengan sakit kepala. Kilatan cahaya ini biasanya menandakan bahawa anda akan mengalami sakit migrain. Sebaiknya mulakan rawatan sebelum gejala sakit kepala tersebut terjadi.
6. Migrain hemiplegik.
Mirip sakit stroke. Lemah sebelah badan, gangguan penglihatan, mual, kekeliruan dan gangguan kordinasi pergerakan otot. Ianya merupakan "aura" atau tanda amaran yang diikuti sakit migrain. Ia bersifat keturunan dan jenis migrain yang sangat jarang.
7. Migrain akibat bersenam.
Amat malang bagi mereka yang menghidap migrain jenis ini. Setiap kali bersenam, sakit kepala pun timbul! Serangan migrain ini boleh dihindari atau dikurangkan dengan banyak minum air (dan mengambil ubat tahan sakit bila perlu) sebelum bersenam.
8. Migrain retina.
Hilang penglihatan di sebelah mata secara tiba2. Ini juga merupakan gejala "aura" atau tanda amaran kedatangan sakit migrain. Penglihatan akan kembali normal selepas itu. Namun, anda tetap perlu segera jumpa doktor untuk memastikan tiada masalah serius yang lain.
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment