Zaman tok nenek dulu takde istilah makan vitamin. Selain persekitaran yang sihat, makan minum pun sihat. Tambah pula, kerja seharian membanting tulang mengeluarkan peluh.
Tapi sekarang..duduk aircond, makan tak menentu asalkan apa yang ada, stress, merokok, pencemaran & macam2 lagi. Sudah tentu, pengambilan vitamin & suplemen menjadi satu "keharusan".
Namun, perlu kita cakna kaedah pengambilan vitamin & suplemen yang betul untuk memperoleh kesan yang terbaik.
10 tips cara makan vitamin yang betul
1. Ambil vitamin sewaktu makan. Ini membantu penyerapannya yang lebih baik serta mengurangkan rasa mual. Tapi pengecualiannya adalah untuk zat besi yang mana lebih sesuai dimakan sewaktu perut kosong untuk penyerapan yang optimum.
2. Awas interaksi antara vitamin dengan ubat. Terdapat banyak interaksi antara vitamin dengan ubat. Sama ada ianya mengurangkan atau menambahkan kesan vitamin/ubat tersebut. Misalnya, pengambilan kalsium mengurangkan keberkesanan ubat hormon thyroid. Sebaliknya, minyak ikan omega-3 membantu fungsi ubat anti-depresi. Dalam kes seseorang yang mengambil ubat "pencair darah" misalnya aspirin, pengambilan omega-3, vitamin E atau gingko biloba (yang merupakan pencair darah semulajadi) boleh memudaratkan & merbahaya!
3. Ambil secara berpasangan. Pengambilan vitamin secara berpasangan membantu keberkesanannya. Misalnya vitamin D & K2 membantu penyerapan kalsium. Vitamin C membantu penyerapan zat besi serta mengurangkan kesan samping seperti mual & sembelit.
4. Makan secara berasingan. Sebaliknya, ada vitamin yang perlu dimakan secara berasingan. Pengambilan zat besi dengan zink atau zink dengan zat tembaga boleh merencatkan penyerapannya. Begitu juga kalsium dengan zat besi. Maka, elok ambil zat besi pagi sebelum makan & kalsium waktu petang (sesuai dengan efek penenangnya).
5. Probiotik. Probiotik mengandungi bakteria hidup & ragi. Ianya membantu penghadaman serta penyerapan vitamin yang lebih baik.
6. Kaedah penyimpanan. Cara anda menyimpan vitamin AMAT penting. Sama ada suhu bilik atau peti sejuk perlu diambil berat sekiranya diharapkan vitamin tersebut berkesan. Misalnya, probiotik dan minyak ikan omega-3 tidak boleh disimpan dalam tempat panas.
7. Ambil yang semulajadi. Ada vitamin yang mempunyai bentuk semulajadi & sintetik. Misalnya, vitamin E. Sebaiknya, ambil yang semulajadi (d-alpha-tocopheryl acetate).
8. Elak minum dengan kopi. Makan vitamin dengan kopi boleh menganggu penyerapannya. Sekiranya anda peminum kopi "tegar", tunggu 15-30 minit sebelum mengambil vitamin anda.
9. Jadualkan pengambilan. Pengambilan vitamin perlu dijadualkan untuk memberikan efek yang optimum. Misalnya, vitamin B sesuai diambil waktu pagi untuk memberi tenaga & kecergasan sepanjang hari. Zat magnesium sesuai sebelah malam kerana ianya memberikan efek penenang.
10. Cakna bentuk & fungsi vitamin. Bentuk vitamin memainkan peranan penting dalam menentukan penyerapannya. Misalnya, zat magnesium sesuai dalam bentuk cecair di mana penyerapannya paling optimum. Tetapi bagi mereka yang "tekak tak boleh terima" ubat cecair, telan vitamin kapsul/tablet pun jadilah!
Nak lebih jelas..jumpa doktor, tanyalah doktor!
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment