Siapa yang tak pernah berdarah hidungnya? Apalagi waktu kecik2 dulu..mesti ada. Biasanya terjadi pada kanak2. Orang dewasa pun boleh kena dalam keadaan tertentu.
Hidung boleh berdarah sewaktu bersin kuat, korek hidung atau tercedera. Kadang2 hidung berdarah boleh terjadi diakibatkan kondisi penyakit tertentu.
Sekiranya, hidung berdarah..apa nak buat?
5 langkah hentikan hidung berdarah
1. Posisikan pesakit dalam keadaan duduk & tunduk ke depan.
2. Suruh pesakit bernafas menggunakan mulut sambil kita
memicit hidungnya di bahagian yang lembut.
3. Selepas 10 minit, periksa hidungnya sama ada masih
berdarah. Sekiranya ya, picit kembali selama 10 minit lagi.
4. Berikan kompres sejuk pada bahagian pangkal hidung.
5. Setelah perdarahan berhenti, silakan bersihkan sekitar
hidung dengan kain lembap. Pastikan pesakit tidak
membuang hingus dengan kuat atau membuat apa2 aktiviti
lasak sekurang2nya selama 12 jam.
Bila perlu jumpa doktor?
Sekiranya..
- kerap berdarah (lebih dari 1x seminggu)
- perdarahan berterusan
- makan ubat cair darah
- perdarahan akibat benturan pada kepala
- disertai perdarahan gusi & lebam2 yang terjadi secara spontan
Dr Muhammad Ridha
KLINIK FAMILI
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment