Skip to main content

Siri Suplemen 4 - ADEK Banyak Lemak!

 




Vitamin diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan & fungsi sel yang normal.

Terdapat 13 vitamin penting yang diperlukan badan.

Ianya dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu

i)   larut lemak
ii)  larut air

Vitamin larut lemak terdiri daripada 4 vitamin,iaitu vitamin A, D, E & K (nak senang ingat..ADEK banyak lemak!).Vitamin ini lebih mudah diserap badan dengan kehadiran lemak dalam diet. Ia disimpan di dalam lemak badan.

Vitamin larut air terdiri daripada 9 vitamin, iaitu vitamin C, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 & B12. Ia tidak disimpan di dalam badan (kecuali vitamin B12). Lebihan vitamin ini akan dibuang dalam air kencing. Maka, vitamin ini perlu diambil secara regular untuk mengelakkan "vitamin deficiency".

Apa itu vitamin deficiency?

Vitamin deficiency bermaksud keperluan badan terhadap vitamin tersebut tidak cukup. Kekurangan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti scurvy, osteoporosis dan anaemia.

Kenapa perlu tahu vitamin mana yang larut lemak & larut air?

Dengan ilmu ini anda akan lebih bijak dalam pengambilan vitamin. Ingat..pengambilan vitamin berlebihan boleh memudaratkan kesihatan (terutamanya yang larut lemak) selain menyebabkan kanker...dengan kata lain kantung kering@ membazir! (terutamanya vitamin larut air) 

Semoga bermanfaat.

Dr Muhammad Ridha

BSc (Hons) MD (USU)

Dip in Family Medicine (AFPM)

Certified in Smoking Cessation Treatment


KLINIK FAMILI

#carebeyondcure


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos




Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan X-ray Dada

  Apakah itu x-ray dada? X-ray dada adalah pemeriksaan yang dibuat menggunakan mesin x-ray untuk melihat organ-organ di dalam dada seperti paru-paru, jantung, tulang rusuk dan saluran darah utama. Biasanya ia diambil dalam posisi berdiri dan pesakit disuruh menarik serta menahan nafas seketika semasa pemeriksaan dilakukan. Bilakah x-ray dada perlu dilakukan?  batuk berpanjangan  batuk darah susah bernafas sakit dada kecederaan pada dada mempunyai tanda-tanda penyakit seperti TB, kanser dan pneumonia pemeriksaan kesihatan berkala Apakah persiapan untuk melakukan pemeriksaan x-ray dada? pesakit perlu menanggalkan baju dan memakai pakaian klinik/hospital barangan kemas berupa rantai dan sebarang objek yang menghalang pemeriksaan dada perlu ditanggalkan tidak perlu persediaan khas seperti berpuasa Siapa yang akan mengendalikan pemeriksaan x-ray dada? Pemeriksaan x-ray dada haruslah dikendalikan oleh Juru X-ray yang bertauliah. NB Sekiranya anda mengandung , sila maklumkan kep...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....