Skip to main content

Dari Mata Turun Ke Hati

 



Perasan tak ada sesetengah orang mempunyai tompokan kuning sekitar kelopak mata sebelah dalam?

Ini dikenal sebagai xanthelasma. Ia sebenarnya terdiri daripada kolesterol yang terkumpul di bawah kulit. Adanya xanthelasma merupakan tanda kemungkinan kolesterol yang tinggi dalam darah. Kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pembentukan plak atherosclerosis di dalam salur darah. Plak atherosclerosis pula meningkatkan risiko terjadinya sakit jantung & strok.

Ya. Sekarang ini banyak timbul cerita dalam sosmed. Katanya kolesterol tak bahaya. Tak perlu jaga makan. Ubat pon tak perlu lagi.

Nah..biarkan Dr jelaskan.

Gula diperlukan badan untuk tenaga. Berlebihan jadi bahaya.
Oksigen diperlukan untuk bernafas. Berlebihan menyebabkan kerosakan paru2 & mata ( kandungan normal oksigen dalam atmosfera adalah lebih kurang 21%)
Air adalah sumber kehidupan. Berlebihan bisa membunuh (water intoxicity)!
Dengan kata lain, sudah menjadi "sunatullah" bahawa biasanya sesuatu yang berlebihan akan memudaratkan.

So..begitu juga KOLESTEROL. Ia sangat penting dalam fungsi fisiologis badan. Perlu juga diketahui bahawa 85% kolesterol dibentuk oleh hati. Sumber makanan hanya sekitar 15%! Ini yang menjadi basis kenapa USFDA ( United States Food and Drug Administration) mengubah pendirian terhadap piramid makanan.

Tapi..ini tak bermakna kolesterol tidak merbahaya. Ia tetap merbahaya sekiranya berada dalam tahap yang tinggi dalam darah. Cuma fokus kita bukan kepada makanan per se. Tapi lebih kepada hati sebagai kilang pengeluar kolesterol.

Tahukah anda kolesterol berlebihan bukan hanya terkumpul di kelopak mata & salur darah. Malah ianya boleh "menimbun" di dalam hati menyebabkan kondisi yang disebut Nonalcoholic fatty liver disease (NAFLD). Tanpa rawatan, NAFLD boleh menjadi Nonalcoholic steatohepatitis (NASH), cirrhosis dan akhirnya kanser hati.






Kalau di mata kita nampak. Kalau di hati macam mana yer?

2 cara yang biasa digunakan di klinik adalah

1. Pemeriksaan darah (sila baca Pentingnya Pemeriksaan Darah Berkala)
2. Ultrasound


In a nutshell..kolesterol memang penting. Tapi bila berlebihan perlu dirawat. Antaranya dengan menggunakan ubat statin atau non-statin. 



Dr Muhammad Ridha

BSc (Hons) MD (USU)

Dip in Family Medicine (AFPM)

Certified in Smoking Cessation Treatment


KLINIK FAMILI

#carebeyondcure


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos




Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU





Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan X-ray Dada

  Apakah itu x-ray dada? X-ray dada adalah pemeriksaan yang dibuat menggunakan mesin x-ray untuk melihat organ-organ di dalam dada seperti paru-paru, jantung, tulang rusuk dan saluran darah utama. Biasanya ia diambil dalam posisi berdiri dan pesakit disuruh menarik serta menahan nafas seketika semasa pemeriksaan dilakukan. Bilakah x-ray dada perlu dilakukan?  batuk berpanjangan  batuk darah susah bernafas sakit dada kecederaan pada dada mempunyai tanda-tanda penyakit seperti TB, kanser dan pneumonia pemeriksaan kesihatan berkala Apakah persiapan untuk melakukan pemeriksaan x-ray dada? pesakit perlu menanggalkan baju dan memakai pakaian klinik/hospital barangan kemas berupa rantai dan sebarang objek yang menghalang pemeriksaan dada perlu ditanggalkan tidak perlu persediaan khas seperti berpuasa Siapa yang akan mengendalikan pemeriksaan x-ray dada? Pemeriksaan x-ray dada haruslah dikendalikan oleh Juru X-ray yang bertauliah. NB Sekiranya anda mengandung , sila maklumkan kep...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....