Skip to main content

16 Suplemen Untuk Covid-19

 









Sistem imuniti berperanan mempertahankan badan kita daripada serangan patogen seperti virus, bakteria & toksin.

Maka, ia perlu sentiasa dalam keadaan yang sihat & optimum untuk mencegah jangkitan penyakit. 

Bagaimanakah dapat kita menambah sistem imun badan?

Sistem imun badan dapat dipertingkatkan dengan mengamalkan pemakanan sihat & seimbang, bersenam dan tidur yang cukup.

Selain itu, ada beberapa vitamin, mineral mahu pun herba yang mampu menambahbaik sistem imun badan.

Nak tahu?


16 suplemen untuk meningkatkan sistem imun


1. Vitamin D

    Selain daripada mengatur keseimbangan kandungan kalsium & fosforus dalam 

   darah, ia juga meningkatkan imuniti badan. 

2. Zink

    Merangsang T-cell (limfosit T) agar mencetuskan proses pertahanan badan 

    terhadap jangkitan kuman.

3. Vitamin C

     Mempunyai efek anti-oksida yang kuat membantu mengurangkan peradangan.

4. Elderberry

    Mengandungi efek anti-viral dan anti-peradangan.

5. Cendawan

    Mempunyai kandungan selenium, B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin) yang tinggi.

6. Astragalus

    Mempunyai efek anti-bakteria dan anti-viral.

7. Selenium

   Mempunyai potensi anti-oksida yang kuat.

8. Garlic

    Mempunyai efek anti-viral.

9. Andrographis

    Selain mengurangkan sakit & demam, ia membantu proses penyembuhan.

10.Licorice

     Melegakan sakit tekak dan mengurangkan efek peradangan.

11.Pelargonium sidoides

    Mengurangkan efek peradangan serta mempercepatkan proses penyembuhan.

12.Vitamin B complex

     Menambahkan imuniti badan terutamanya B2 (Riboflavin), B3 (Niacin) dan

    B6 (Pyridoxine).  

13.Cucurmin

     Mengurangkan sakit, bersifat anti-peradangan serta mempunyai efek 

    antiseptik.

14.Echinacea

     Menambahkan imuniti dan sakit tekak.

15.Propolis

    Mempunyai efek anti-oksidan & anti peradangan

16. Acai berry

     Anti-oksidan yang kuat



DISCLAIMER : 

Perhatian. Setakat ini TIADA suplemen yang boleh mengubati penyakit Covid-19.

Maklumat ini hanya di tahap teoretikal. Banyak lagi kajian diperlukan untuk 

menilai keberkesanannya. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang

suplemen.



Dr Muhammad Ridha

BSc (Hons) MD (USU)

Dip in Family Medicine (AFPM)

Certified in Smoking Cessation Treatment


KLINIK FAMILI

#carebeyondcure


Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos



Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU





Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan X-ray Dada

  Apakah itu x-ray dada? X-ray dada adalah pemeriksaan yang dibuat menggunakan mesin x-ray untuk melihat organ-organ di dalam dada seperti paru-paru, jantung, tulang rusuk dan saluran darah utama. Biasanya ia diambil dalam posisi berdiri dan pesakit disuruh menarik serta menahan nafas seketika semasa pemeriksaan dilakukan. Bilakah x-ray dada perlu dilakukan?  batuk berpanjangan  batuk darah susah bernafas sakit dada kecederaan pada dada mempunyai tanda-tanda penyakit seperti TB, kanser dan pneumonia pemeriksaan kesihatan berkala Apakah persiapan untuk melakukan pemeriksaan x-ray dada? pesakit perlu menanggalkan baju dan memakai pakaian klinik/hospital barangan kemas berupa rantai dan sebarang objek yang menghalang pemeriksaan dada perlu ditanggalkan tidak perlu persediaan khas seperti berpuasa Siapa yang akan mengendalikan pemeriksaan x-ray dada? Pemeriksaan x-ray dada haruslah dikendalikan oleh Juru X-ray yang bertauliah. NB Sekiranya anda mengandung , sila maklumkan kep...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....