Skip to main content

Siri Suplemen 5 - Vitamin No.1 COVID-19

 




Perasan tak kebelakangan ini kalau ke farmasi semua orang cari vitamin ini (walaupun selalunya dah habis stok!).

Tak dapat di farmasi, cari online. Tak dapat cari online, beli dari kekawan.

Apa dia vitamin yang paling mengetop sekarang? 

Yes..Vitamin C.

Ia terbukti membantu meningkatkan imuniti badan serta melawan efek peradangan. Sebab itu ramai yang tercari2 vitamin ini dalam masa pandemik ini.

Tapi..berapakah dos yang perlu dimakan? 500mg? 1000mg? Atau 2000mg?


Recommended Dietary Allowance (RDA) atau dengan kata lain dos yang dianjurkan adalah seperti berikut

  • kanak-kanak                             15-75mg/sehari
  • wanita                                      75mg/sehari
  • lelaki                                        90mg/sehari
  • wanita mengandung/menyusu    85mg-120mg/sehari
  • perokok kena tambah 35mg kepada dos RDA sehari!
Ada beberapa kajian menunjukkan pengambilan 1-2g vitamin C sehari mengurangkan jangka lamanya sesuatu penyakit.

Apa itu upper limit (UL) untuk vitamin C?
Upper limit adalah dos yang paling tinggi boleh diberikan tanpa menimbulkan apa2 kesan sampingan (atau minimum sekiranya ada).
UL untuk vitamin C adalah 2g. Namun, penyerapan vitamin C dalam usus berkurang 50% sekiranya dos pengambilan melebihi 1g.

Perlu juga diingat dalam keadaan sihat, badan kita hanya memerlukan dos RDA seperti di atas. Lebihannya akan dibuang dalam air kencing (sila baca ADEK Banyak Lemak!).

Sekiranya diberikan secara oral dalam megados* (> 2g/sehari) pula, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti 

  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah
  • Pedih ulu hati
  • Sakit perut 
  • Sakit kepala
  • Gangguan tidur

Jadi..berbalik kepada soalan berapa dos. Memadai dos berdasarkan Recommended Dietary Allowance. Cuma sekiranya perlu mengambil dos melebihi RDA dengan harapan mengurangkan efek jangkitan penyakit (terutamanya dalam pandemik ini), janganlah melebihi 1-2g/sehari.

Tapi doktor kat luar tu banyak sangat brand. Camner nak pilih? Yang mana satu yang baik? Nak tahu..sila baca Bagaimana Memilih Jenama Suplemen





* kajian keberkesanan megados vitamin C setakat ini adalah yang diberikan melalui intravena (salur darah) dan hanya melibatkan pesakit2 hospital



Dr Muhammad Ridha

BSc (Hons) MD (USU)

Dip in Family Medicine (AFPM)

Certified in Smoking Cessation Treatment


KLINIK FAMILI

#carebeyondcure


Sila LIKE , SHARE & COMMENT. Trimss.

https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah

https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos

https://twitter.com/drmuhammadridha




Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU




 



Comments

Popular posts from this blog

Pemeriksaan X-ray Dada

  Apakah itu x-ray dada? X-ray dada adalah pemeriksaan yang dibuat menggunakan mesin x-ray untuk melihat organ-organ di dalam dada seperti paru-paru, jantung, tulang rusuk dan saluran darah utama. Biasanya ia diambil dalam posisi berdiri dan pesakit disuruh menarik serta menahan nafas seketika semasa pemeriksaan dilakukan. Bilakah x-ray dada perlu dilakukan?  batuk berpanjangan  batuk darah susah bernafas sakit dada kecederaan pada dada mempunyai tanda-tanda penyakit seperti TB, kanser dan pneumonia pemeriksaan kesihatan berkala Apakah persiapan untuk melakukan pemeriksaan x-ray dada? pesakit perlu menanggalkan baju dan memakai pakaian klinik/hospital barangan kemas berupa rantai dan sebarang objek yang menghalang pemeriksaan dada perlu ditanggalkan tidak perlu persediaan khas seperti berpuasa Siapa yang akan mengendalikan pemeriksaan x-ray dada? Pemeriksaan x-ray dada haruslah dikendalikan oleh Juru X-ray yang bertauliah. NB Sekiranya anda mengandung , sila maklumkan kep...

Siri Suplemen 3 - Bagaimana Memilih Jenama Suplemen?

  Pentingnya makan vitamin dah tahu. Vitamin apa nak makan pon dah tahu. Tapi... Nak beli yang mana yer.. Maklumlah kat luar sana macam2 jenama ada. Ada Brand X..Y..Z. Pusing dibuatnya. Kalau ditanya, tentu semuanya baik2 belaka katanya. Laagiii pening jadinya. STOP. RELAX. TARIK NAFASSSS. Ok. Macam nilah. Kalau kita beli barangan elektrik apa yang biasanya kita belek2 (selain harga yer) ? Sudah tentulah. Ada cop SIRIM ke tak. Kalau ada maknanya selamat digunakan sebab ada pengesahan dari SIRIM. Apa itu SIRIM? SIRIM adalah satu organisasi bebas (independent) yang memberikan "endorsement" pihak ketiga untuk semua peralatan elektrik di Malaysia sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Nah..sepertimana barangan elektrik, semua suplemen juga ada badan bebas (independent) yang memberikan "endorsement" sama ada selamat dikonsumsi serta kandungannya sesuai sepertimana tercatat di botolnya.  Di Malaysia, setiap ubat2an termasuk produk suplemen yang dijual mestilah dilulusk...

9 Tanda Awal Permulaan Penyakit Dalam Badan

                                                     Photo by  cottonbro  from  Pexels    Tanda2 peradangan yang tersirat AMAT PENTING dikenalpasti kerana ianya mungkin permulaan penyakit yang lebih serius. Peradangan akut. Peradangan merupakan proses badan melawan jangkitan kuman, kecederaan atau penyakit. Tanda2nya adalah pembengkakan, kemerahan, panas dan sakit. Sekiranya punca peradangan itu dah dihilangkan, tanda2 tersebut mulai surut. Peradangan kronik. Peradangan kronik menunjukkan tanda2 yang lebih ringan berbanding kondisi akut. Tapi ianya lebih merbahaya kerana mungkin berkait dengan penyakit2 seperti bursitis, colitis, phlebitis, rhinitis, asthma, sakit jantung, penyakit hati dan Alzheimer's disease. Memang tak mudah nak tahu sama ada kita mengalami peradangan kronik. Ianya bergantung bagaimana & di mana sumbernya....