Masih ingat tips kesihatan No.1 yang Dr pernah berkongsi dulu?
Tak ingat takpe. Sila klik link dan baca Tips Kesihatan No.1
Ok sekarang Dr nak share tips kesihatan No.2 penting.
Diet? Ya dan tidak!
Sebenarnya yang sama pentingnya dengan cara pemakanan (jika bukan lebih penting) adalah bersenam. Jagalah makan macam mana pun. Pilihlah makanan yang sihat2 jer. Be very selective. Tapi kalau senaman takde dalam kamus hidup kita, percuma sahaja semuanya. Lapar yang dapat!
Nah..apa2 pon yang kita buat mestilah istiqamah. Begitu juga bersenam. Jangan sesekali bila semangat timbul, beli kasut baru, baju sukan baru, basikal baru..pokoknya semuanya baru. Maklumlah semangat membuak2. Baru jogging atau naik basikal satu dua kali dah mula kendur semangat. Tambah parah..kasut digantung, basikal diparkir kemas di depan rumah menambah seri!
Senaman yang ideal adalah moderate to high intensity selama 30 minit sehari sekurang2nya 5 kali seminggu. Tapi penting setiap senaman disesuaikan dengan setiap orang dengan mengambilkira faktor2 seperti umur, penyakit dsbnya*. Apatah lagi kalau baru nak berjinak2 kembali nak aktif.
Sains di sebalik manfaat bersenam tersangatlah banyak. Antaranya positive-negative kalori balance. Mungkin kalau ada kesempatan, Dr akan berkongsi dalam post akan datang.
Buat masa sekarang, Dr belanja dulu satu link untuk korang belajar teknik2 bersenam bermula dari beginner sampai jadi macam Badang!
Enjoy! MuscleWiki
*dapatkan khidmat nasihat doktor anda
Dr Muhammad Ridha
BSc (Hons) MD (USU)
Dip in Family Medicine (AFPM)
Certified in Smoking Cessation Treatment
KLINIK FAMILI
#carebeyondcure
Sila LIKE & FOLLOW FB PAGE, YOUTUBE & INSTAGRAM saya. Trimss.
https://www.facebook.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.instagram.com/drmuhammadridhaabdullah
https://www.youtube.com/c/DrMuhammadRidha/videos
Sekiranya anda rasa info ini berguna sila klik butang SUBSCRIBE & SHARE di sudut kanan atas agar tidak ketinggalan banyak lagi tips2 kesihatan setiap hari RABU!

Comments
Post a Comment